Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Prosedur & Proses Aduan

PROSEDUR ADUAN

Menurut seksyen 23(2) Akta 700, semua aduan hendaklah dibuat secara bertulis. Anda boleh muat turun borang aduan di sini,  dan hantarkan melalui saluran seperti berikut:

  • hadir sendiri ke pejabat Suruhanjaya;
  • surat;
  • emelkan kepada aduan@eaic.gov.my atau
  • hubungi Bahagian Operasi (Aduan) di talian 03 8888 6618/ 2184 /6509 untuk maklumat lanjut.

PROSES PENGENDALIAN ADUAN OLEH SEKSYEN ADUAN DAN SEKSYEN SIASATAN

Setiap aduan yang diterima akan melalui proses siasatan awal oleh Seksyen Aduan bagi memastikan kesahan aduan. Setelah siasatan awal selesai, Kertas Pertimbangan yang mengandungi hasil siasatan dan syor tindakan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Aduan. Sekiranya hasil dapatan siasatan awal dan syor dalam Kertas Pertimbangan dipersetujui, Kertas Pertimbangan tersebut akan dibawa kepada Mesyuarat Suruhanjaya untuk pertimbangan dan keputusan Pesuruhjaya. Antara keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Suruhanjaya adalah:

  • aduan disiasat sepenuhnya; atau
  • aduan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) yang berkenaan;
  • aduan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  • aduan dirujuk kepada PBT dan SPRM;
  • aduan dirujuk kepada Pendakwa Raya; dan
  • aduan ditolak.

Sekiranya aduan diputuskan untuk disiasat sepenuhnya, Seksyen Siasatan akan menyiasat aduan tersebut. Hasil dapatan siasatan seterusnya akan dibentangkan semula di Mesyuarat Suruhanjaya untuk pertimbangan dan keputusan Pesuruhjaya. Setelah mempertimbangkan aduan, Suruhanjaya akan membuat keputusan yang berikut:

  • salah laku tidak dapat disahkan;
  • salah laku merupakan kesalahan tatatertib dan dirujuk kepada PBT; dan
  • salah laku merupakan kesalahan jenayah dan dirujuk kepada Pendakwa Raya.

Carta di bawah menerangkan secara ringkas pengendalian aduan:

Untuk mengetahui proses aduan dengan lebih terperinci klik di sini.