BIDANG KUASA
Di bawah subseksyen 1 (3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] adalah terpakai bagi aduan yang dibuat atau dirujukkan kepada Suruhanjaya berkenaan SALAH LAKU YANG BERLAKU PADA ATAU SELEPAS PERMULAAN KUAT KUASA AKTA INI IAITU PADA 1 APRIL 2011.
ADUAN
Di bawah seksyen 22 Akta 700 Suruhanjaya mempunyai KUASA AM mengenai pengurusan aduan seperti berikut:
- 01
Suruhanjaya mempunyai kuasa menyiasat apa-apa aduan; - 02 Suruhanjaya mempunyai kuasa merujukkan apa-apa aduan bersifat tatatertib kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan; dan
- 03
Suruhanjaya mempunyai kuasa merujukkan apa-apa aduan bersifat jenayah kepada Pendakwa Raya.
Pertanyaan lain berkenaan aduan? Klik di sini untuk soalan lazim mengenai Aduan.