Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Fungsi

Lapan (8) fungsi utama Suruhanjaya yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) dan (2) Akta 700 adalah:

  • 01 Menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan tersebut;
  • 02 Merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai penguat kuasa;
  • 03 Melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;
  • 04 Mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan;
  • 05 Menggalakkan kesedaran, penambahbaikan dan pendidikan berhubung integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;
  • 06 Membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;
  • 07 Mengkaji dan mengesah apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu berhubung dengannya; dan
  • 08 Membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu.