Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Kawalan Keselamatan Perkhidmatan E-mel MyGovUC

3 Mac 2020

Dimaklumkan bahawa pihak MAMPU akan melaksanakan aktiviti pengaktifan fungsi pengimbasan Pointer (PTR) Record dan Sender Policy Framework (SPF) Record di peringkat Email Security Gateway (ESG) MyGovUC pada 16 Mac 2020 meningkatkan kawalan keselamatan perkhidmatan e-mel MyGovUC.

Bermula 16  Mac 2020, e-mel yang dihantar menggunakan perkhidmatan MyGovUC, Yahoo, Gmail dan domain e-mel yang telah dilengkapi dengan rekod PTR dan SPF sahaja akan diterima oleh pegawai/kakitangan EAIC.

Penghantar e-mel yang tidak mempunyai rekod PTR dan SPF akan gagal dihantar masuk ke akaun e-mel pegawai/kakitangan EAIC dan penghantar tersebut akan menerima alert Non-Delivery Receipt (NDR) dari sistem e-mel MyGovUC.

Sehubungan itu, bagi memastikan penghantaran e-mel ke EAIC berjalan lancar, konfigurasi PTR dan SPF perlu dilakukan  ke atas domain e-mel yang digunakan.

Sebarang pertanyaan dan Keterangan lanjut, sila hubungi talian am EAIC 03-8880 5650.