Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Pegawai JAS dibebaskan dengan jaminan SPRM

31 Jul 2017

 

rasuah

JOHOR BAHRU 31 Julai - Seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat rasuah pada Selasa lalu dibebaskan, hari ini.

Jurucakap SPRM memberitahu, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan JAS negeri berusia 40 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit.

Permohonan pembebasan pegawai itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Saba’aton Daud, katanya.

 

source : Utusan Online