Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Polis siasat tahanan mati tergantung dalam lokap

25 Mac 2018

 

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang tahanan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tergantung di lokap Balai Polis Selama, pada 17 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Selama, DSP Loo Lian Lay berkata bagaimanapun insiden malang itu dipercayai berpunca daripada kecuaian, tidak komited dan tidak bertanggungjawab anggota bertugas.

“Walaupun kejadian berkenaan telah berlaku, namun ingin ditegaskan kepada semua ketua, dan pegawai bertugas supaya terus melakukan pemantauan dan sentiasa membuat semakan.

Pilihan Editor
 
Usah buru-buru bentang akta berita palsu
"Kami klasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan turut dilaksanakan oleh pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dengan kerjasama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa," katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis ke-211, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, di Selama hari ini.

Lian Lay berkata beliau berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dan anggota yang terlibat mendapat satu keadilan menerusi siasatan yang adil.

Dalam kejadian 9.30 pagi, mangsa berusia 39 tahun yang juga orang kena tahan (OKT) mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 ditemui dua anggota bertugas dalam keadaan tergantung di dalam lokap. -Bernama

Sumber :   MalaysiaKini