Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Kenyataan Tender Perkhidmatan Sewaan Perkakasan Dan Perisian ICT Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

9 Jul 2021

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih lagi berkuat kuasa sijil pendaftarannya dan memiliki semua kod bidang berkaitan bagi menyertai tender sepertimana berikut:-

1. Tender ini merupakan tender terbuka dan Petender yang ingin menyertai tender ini hendaklah mendapatkan dokumen tender dengan hanya memuat turun dokumen tersebut   di bawah mulai 9 Julai 2021.

Dokumen Tender Perkhidmatan Sewaan Perkakasan Dan Perisian ICT Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

2. Petender mestilah mempunyai kemampuan dari segi kewangan, kepakaran dan pengalaman dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan bidang yang dicadangkan.

3. Dokumen tender hendaklah sampai sebelum jam 12.00 tengah hari pada 2 Ogos 2021 (Isnin) di alamat seperti berikut:-

Aras 5, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan,
No. 18, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62652 Putrajaya.

4. Petender dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier bagi penghantaran dokumen tender dan Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada 2 Ogos 2021 selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

5. Manakala Petender yang hadir ke pejabat EAIC untuk menyerahkan dokumen tender dikehendaki memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi sepenuhnya.

6. EAIC tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, jika berlaku kelewatan, kehilangan atau lain-lain semasa Dokumen Tender diserahkan.

7. Dokumen Tender yang diterima selepas daripada tarikh dan masa yang ditetapkan, bersabit daripada apa-apa punca sekalipun tidak akan dipertimbangkan

8. Sebarang pertanyaan atau penjelasan mengenai dokumen tender, Petender boleh mengemukakan pertanyaan melalui emel kepada eaic-perolehan@eaic.gov.my atau menghubungi pegawai berikut:

            i.          Puan Hafizah binti Hassan                                            03-8880 5714                   hafizah.hassan@eaic.gov.my
            ii.         Puan Siti Aishah binti Abd Majid                    03-8880 5716            aishah_majid@eaic.gov.my

9. Semua pertanyaan oleh Petender selepas tarikh tutup tender adalah tidak akan dilayan.