Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Lanjutan Sebut Harga Perkhidmatan Pembangunan Portal Rasmi Berasaskan Content Management System (CMS)

9 Jul 2021

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih lagi berkuat kuasa dan memiliki kod bidang berkaitan bagi menyertai sebut harga sepertimana berikut:

 1. Dokumen Sebut Harga

i. Penyebut harga dikehendaki membuat permohonan untuk mendapatkan Dokumen Sebut Harga secara emel kepada eaic-perolehan@eaic.gov.my dengan menyatakan nama dan alamat lengkap syarikat kerana Borang Sebut Harga (Lampiran Q) akan diberikan nombor siri untuk tujuan pengawalan.

ii. Dokumen Sebut Harga hanya akan diberikan melalui emel kepada pembekal berikutan pelawaan sebut harga ini dilaksanakan dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh - Total Lockdown (TLD) Fasa Pertama yang berkuatkuasa pada 1 hingga 12 Julai 2021.

iii. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi iaitu Sampul Dokumen Asal, Sampul Dokumen Teknikal dan Sampul Dokumen Harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan dilabelkan dengan No. Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga.

iv. Dokumen Sebut Harga boleh dihantar dengan menggunakan perkhidmatan berdaftar/ kurier atau hadir ke pejabat EAIC dengan memasukkan Dokumen Sebut Harga tersebut ke dalam Peti Sebut Harga pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari 27 Julai 2021.

v.Jika sebut harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, Penyebut harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada lamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada 27 Julai 2021 selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

vi. Sebut harga yang lewat dihantar tidak akan diterima atau dilayan. Pihak EAIC tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung.

vii. Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen sebut harga.

 

2. Sebarang pertanyaan berhubung Kenyataan Tawaran Sebut Harga ini, sila kemukakan melalui emel atau menghubungi Urus setia Perolehan EAIC sepertimana berikut: