Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Lanjutan Sebut Harga Perkhidmatan Penambahbaikan Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS)

22 Jul 2021

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih lagi berkuat kuasa dan memiliki kod bidang berkaitan bagi menyertai sebut harga sepertimana berikut:

1. Sesi Taklimat Sebut Harga

i. Penyebut harga adalah dipelawa untuk menghadiri sesi Taklimat Sebut Harga secara atas talian (video conference) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 Jun 2021 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Platform : Sidang Video Secara Atas talian

ii. Pengesahan Kehadiran Sesi Taklimat hendaklah dibuat melalui emel kepada eaic-perolehan@eaic.gov.my sebelum 21 Jun 2021 (Selasa).

iii. Dokumen Sebut Harga akan diemelkan kepada Penyebut harga yang mengesahkan kehadiran sesi taklimat tersebut.

iv. Manakala Penyebut harga yang tidak menghadiri Sesi Taklimat boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Dokumen Sebut Harga secara emel kepada eaic-perolehan@eaic.gov.my dengan menyatakan nama dan alamat lengkap syarikat kerana Borang Sebut Harga (Lampiran Q) akan diberikan nombor siri untuk tujuan pengawalan.

v. Tujuan Sesi Taklimat Sebut Harga diadakan adalah untuk menyampaikan taklimat dan penerangan secara terperinci berkaitan Keperluan Fungsi/Sistem, Keperluan Spesifikasi Teknikal, Arahan Penyebut Harga dan Lampiran-Lampiran Dokumen Sebut Harga. Sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh Penyebut harga akan diberikan penjelasan oleh EAIC ketika Sesi Taklimat berlangsung.

 

2. Dokumen Sebut Harga

i. Penyebut harga dikehendaki membuat permohonan untuk mendapatkan Dokumen Sebut Harga secara emel kepada eaic-perolehan@eaic.gov.my dengan menyatakan nama dan alamat lengkap syarikat kerana Borang Sebut Harga (Lampiran Q) akan diberikan nombor siri untuk tujuan pengawalan.

ii. Dokumen Sebut Harga hanya akan diberikan melalui emel kepada pembekal berikutan pelawaan sebut harga ini dijalankan dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa pada 29  Julai 2021.

iii. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi iaitu Sampul Dokumen Asal, Sampul Dokumen Teknikal dan Sampul Dokumen Harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan dilabelkan dengan No. Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga.

iv. Dokumen Sebut Harga boleh dihantar dengan menggunakan perkhidmatan berdaftar/ kurier atau hadir ke pejabat EAIC dengan memasukkan Dokumen Sebut Harga tersebut ke dalam Peti Sebut Harga pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari 5 Ogos 2021 (Khamis).

v. Sebut harga yang lewat dihantar tidak akan diterima atau dilayan. Pihak EAIC tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung.

vi. Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen sebut harga.

 

3. Sebarang pertanyaan berhubung Kenyataan Tawaran Sebut Harga ini, sila kemukakan melalui emel atau menghubungi Urus setia Perolehan EAIC sepertimana berikut: