Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Sebut harga bagi Kerja-kerja Memasang, Mengalih, Membaiki, Menambah, Menguji Selia dan Mentauliah Point Rangkaian & Telefon berserta Face Plate dan Kerja-kerja Pengkabelan/Pendawaian IT

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan CIDB yang masih berkuatkuasa membuat tawaran buat masa ini bagi kerja seperti berikut:

Bil.No. Sebut HargaTajuk Sebut Harga
1.EAIC/SH/01/2017Sebut Harga bagi Kerja-kerja Memasang, Mengalih, Membaiki, Menambah, Menguji Selia dan Mentauliah Point Rangkaian & Telefon berserta Face Plate dan Kerja-kerja Pengkabelan/Pendawaian IT di Aras 5, 6, 9 dan 11 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

 

Kod Bidang didaftarkan di bawah CIDB :

  • Kontraktor Gred G1, G2, G3
  • Kategori ME (Mekanikal dan Elektrikal)
  • Pengkhususan :

   - E11: Kerja Am Elektrik

  - E14: Kabel Rangkaian Komputer

2.         Dokumen sebut harga dan keterangan lanjut boleh diperoleh pada sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan pada 21 Mac 2017, jam 10 pagi di Bilik Pendengaran, Aras 11, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan, No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.

3.         Wakil syarikat   DIWAJIBKAN  membawa surat perwakilan untuk disahkan semasa taklimat dan kehadiran dihadkan kepada dua (2) orang wakil sahaja. Hanya pembekal yang hadir taklimat dibenarkan menyertai pelawaan sebut harga ini.

4.         Sila bawa bersama dokumen salinan asal dan salinan fotostat yang disahkan seperti berikut:

I.          Sijil Pendaftaran Syarikat (R.O.B/R.O.C)

II.         Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera

III.        Sijil dari Kementerian Kewangan

IV.        Sijil Kontraktor Gred G1/G2/G3 yang berdaftar dengan CIDB

V.         Borang Q – Pendaftaran Kontraktor Elektrik dengan Suruhanjaya Tenaga

VI.        Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)