Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Sebut Harga Membekal, Menginstalasi, Mengkonfigurasi, Mereka Bentuk, Membangun, Menguji dan Mentauliah Perkakasan dan Perisian bagi Perkhidmatan Pembangunan Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan (SAGA)

22 Mac 2019

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya seperti di bawah bagi menyertai sebut harga berikut :-

Tarikh         :    27 Mac 2019
Masa             :    3.00 petang
Tempat         :    Bilik Pendengaran Aras 11,
                                    Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC),
                                    Aras 5, Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan,
                                    No.18 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.

  1. Penyebut harga adalah dijemput untuk menghadiri Sesi Taklimat dan Penyebut harga diwajibkan membawa sijil asal dan salinan sijil seperti ketetapan berikut :
    • Sijil Pendaftaran Syarikat SSM
    • Sijil Akuan Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia beserta Lampiran A Kod Bidang
    • Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia
  2. Dokumen Sebut Harga akan diberikan kepada Penyebut harga pada tarikh Sesi Taklimat dan boleh didapati di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Aras 5, Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan, No.18 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.

  3. Sebut harga yang lewat dihantar tidak akan diterima/dilayan.  EAIC tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung.

  4. Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen sebut harga.

  5. Salinan dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi serta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan dilabelkan dengan No. Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga.

  6. Sebarang pertanyaan berhubung pelawaan sebut harga ini, sila hubungi :
  • Puan Siti Aishah binti Abd Majid                                                      03 88805716
  • Puan Siti Suraya binti Baharuddin                                                  03 88805717
  • Puan Nur Farazillah binti Adnan                                                        03 88805715
  • Puan Nurul Hanisah binti Mohd Faizul Aris                       03 88805718