Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Bahagian

FUNGSI BAHAGIAN

Akta 700 memberi kuasa kepada Suruhanjaya ini untuk menubuhkan beberapa Bahagian bagi tujuan membantu pelaksanaan fungsi-fungsi yang telah diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700.

Bahagian-bahagian yang telah ditubuhkan ialah:

   a) Bahagian Operasi;
   b) Bahagian Undang-Undang;
   c) Bahagian Dasar, Penyelidikan, Inovasi dan Urus Setia;
   d) Bahagian Komunikasi Korporat;
   e) Bahagian Khidmat Pengurusan;
   f) Bahagian Kewangan;
   g) Bahagian Teknologi Maklumat;
   h) Unit Integriti; dan
   i) Unit Audit Dalam.


BAHAGIAN OPERASI

Bahagian Operasi terdiri daripada Seksyen Aduan dan Seksyen Siasatan. Pembahagian sektoral Bahagian Operasi adalah seperti yang berikut:

  • Unit Aduan PDRM - Menjalankan siasatan awal berkenaan aduan yang dibuat terhadap PDRM
  • Unit Aduan Lain-lain Agensi - Menjalankan siasatan awal berkenaan aduan yang dibuat terhadap lain-lain agensi
  • Unit Siasatan PDRM - Menjalankan siasatan penuh berkenaan aduan yang dibuat terhadap PDRM
  • Unit Siasatan Lain-lain Agensi - Menjalankan siasatan penuh berkenaan aduan yang dibuat terhadap lain-lain agensi.

Secara amnya terdapat 9 fungsi statutori yang dijalankan oleh Bahagian Operasi iaitu:

  1. Menerima, menyiasat dan mengadakan pendengaran mengenai aduan salah laku agensi penguatkuasaan;
  2. Mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku agensi penguatkuasaan;
  3. Melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah salah laku agensi penguatkuasaan;
  4. Memantau operasi dan tatacara agensi penguatkuasaan;
  5. Menggalakkan kesedaran dan pendidikan integriti;
  6. Merumuskan perundangan dan mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan;
  7. Mengkaji tatacara dan membuat syor untuk penambahbaikan agensi penguatkuasaan;
  8. Membuat lawatan ke premis agensi penguatkuasaan bagi memastikan undang-undang dan SOP dipatuhi dan membuat syor penambahbaikan; dan
  9. Melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi pelaksanaan fungsi Suruhanjaya.

 

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

  • Memberi nasihat perundangan kepada Suruhanjaya dan mewakili Suruhanjaya dalam prosiding Mahkamah, jika ada.
  • Mencadangkan penggubalan dan pindaan undang-undang, jika perlu.
  • Menyemak setiap dokumen perundangan yang memberi kesan kepada Suruhanjaya.
  • Membantu Suruhanjaya dalam pendengaran seperti diperuntukkan dalam seksyen 34(4) Akta 700.
  • Mengkoordinasi hal-hal berkaitan Parlimen.


BAHAGIAN DASAR, PENYELIDIKAN, INOVASI DAN URUS SETIA

Seksyen Dasar dan Penyelidikan

  • Menyediakan Laporan Tahunan Suruhajaya.
  • Menyelaras Kajian di Suruhanjaya.
  • Menyelaras hal-hal berkaitan Key Perfomance Indicator (KPI) Suruhanjaya.
  • Menyelaras semua input berkaitan Outcome Based Budgeting (OBB).
  • Menyediakan Pelan Strategik Suruhanjaya.
  • Menyelaras program-program Inovasi.
  • Menyelaras dan menyediakan input-input berkaitan perkara dasar untuk kelulusan Suruhanjaya.

Seksyen Inovasi

  • Merancang dan menyediakan program inovasi Jabatan serta menguruskan dan menyelaras perlaksanaannya
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dikalangan warga Jabatan dan industri
  • Membantu mewujudkan, membimbing dan memantapkan kumpulan-kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) supaya mencapai tahap cemerlang

Seksyen Urus Setia

  • Mengurus dan mengendali perjalanan Mesyuarat Suruhanjaya
  • Menyediakan fail mesyuarat
  • Menjadi seksyen yang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya yang berkaitan dengan semua urusan rasmi antarannya Lawatan Pesuruhjaya, Jemputan Pesuruhjaya bagi sebarang Majlis/Perjumpaan dan lain-lain.
  • Membantu/ menyokong Pesuruhjaya bagi apa-apa tugasan rasmi yang lain, sekiranya diperlukan.
  • Mengaturkan segala perkara yang berkaitan dengan Minit Mesyuarat


BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

  • Menyalur maklumat rasmi mengenai Suruhanjaya.
  • Mengadakan kempen publisiti dan menjalankan tugasan perhubungan dengan pihak luar.
  • Mengesan, mengumpul dan menterjemah berita dan isu penting yang disiarkan.


BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

  • Mengurus pengambilan, pengisian jawatan, pelantikan, penempatan dan pertukaran pegawai lantikan tetap/kontrak/peminjaman
  • Mengurus urusan tanggung kerja, pemangkuan dan kenaikan pangkat
  • Menguruskan elaun dan kemudahan perkhidmatan pegawai
  • Menguruskan semua jenis cuti iaitu cuti kerana perkhidmatan (cuti rehat/ cuti separuh gaji/ cuti tanpa gaji), cuti kerana perubatan (cuti sakit/ cuti sakit lanjutan/ cuti bersalin dll), cuti Haji dan cuti tidak berekod
  • Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) untuk bersidang bagi mengesahkan SKT & LNPT, pergerakan gaji tahunan (PGT) dan pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  • Mengurus keperluan penstrukturan semula organisasi dan perjawatan
  • Memantau Pentadbiran HRMIS
  • Merancang, melaksana memantau dan mengendali Pelan Operasi latihan dan kursus
  • Menguruskan Pengambilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (Latihan Amali)
  • Mengurus kemudahan Perlindungan Insuran Kemalangan (berkelompok)
  • Bertanggungjawab dalam urusan memproses tuntutan perubatan

Seksyen Pentadbiran

  • Mengurus pelantikan, perkhidmatan, kompetensi serta kebajikan pegawai dan kakitangan.
  • Melaksanakan perolehan aset dan inventori serta pentadbirannya.
  • Menyelenggara ruang pejabat.

Seksyen Keselamatan

  • Merancang, melaksanakan dan menyelaras sistem keselamatan perlindungan Suruhanjaya.
  • Menjalankan pemeriksaan dan siasatan dalaman berkenaan pelanggaran keselamatan.
  • Memastikan keselamatan pengadu/ saksi/ orang yang diadu/ Pesuruhjaya/ pegawai dan kakitangan Suruhanjaya.
  • Memastikan Keselamatan dokumen Rahsia Rasmi Suruhanjaya dilindungi.
  • Melaksanakan pengurusan penyerahan subpoena kepada saksi.

 

BAHAGIAN KEWANGAN

Seksyen Pembayaran dan Akaun

Fungsi utama Seksyen Kewangan adalah merancang, mengurus dan mengawal kedudukan kewangan Suruhanjaya.
Perancangan, pengurusan dan kawalan kedudukan kewangan Suruhanjaya melibatkan:-

  1. Penyediaan Bajet Tahunan;
  2. Pengurusan Pembayaran;
  3. Pengurusan Gaji dan Elaun;
  4. Pengurusan Perakaunan;
  5. Penyediaan Laporan berkala termasuk Penyata Kewangan Tahunan;dan
  6. Memastikan semua aktiviti kewangan dikendalikan mengikut Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan garis panduan yang berkuatkuasa.

Seksyen Perolehan

Fungsi utama Seksyen Perolehan adalah menguruskan semua urusan perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan Suruhanjaya yang melibatkan:-

  • Urusan perolehan secara Pembelian Terus/ Sebut Harga Jawatankuasa B/ Sebut Harga/ Tender;
  • Memproses permohonan Pesanan Tempatan;
  • Menguruskan Pelantikan Jawatankuasa bagi Sebut Harga Jawatankuasa B, Sebut Harga atau Tender;
  • Urusetia bagi Mesyuarat Sebut Harga Jawatankuasa B, Sebut Harga atau Tender;
  • Menyediakan Laporan Perolehan; dan
  • Memastikan semua aktiviti perolehan dikendalikan mengikut Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan garis panduan yang berkuatkuasa.
  • Memastikan semua aktiviti perolehan dikendalikan mengikut Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan garis panduan yang berkuatkuasa.

 

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Merancang, mengurus, menyelaras dan menyedia kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada Suruhanjaya
  • Memberi perkhidmatan sokongan teknikal dalam pengurusan kelengkapan ICT
  • Melaksanakan penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dalam bidang tugas yang terlibat
  • Menyelenggara laman web rasmi serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Suruhanjaya

 

UNIT INTEGRITI

Bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras iaitu

  • Tadbir Urus
    Memastikan pelaksanaan tadbir urus secara efektif;

  • Pengukuhan Integriti
    Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

  • Pengesanan dan Pengesahan
    -Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
    -Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

  • Pengurusan Aduan
    Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

  • Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan

  • Tatatertib
    Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

UNIT AUDIT DALAM

Unit Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas yang dapat memberi khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dalam aktiviti operasi dan pengurusan serta membantu organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Unit Audit Dalam boleh membantu organisasi mencapai objektifnya melalui perkara-perkara berikut:

  • Meningkatkan pengurusan kawalan dalaman organisasi.
  • Membantu organisasi mengenalpasti kelemahan serta amalan yang bercanggah dengan peraturan-peraturan semasa dan seterusnya memberi syor penambahbaikan bagaimana sesuatu isu dapat diselesaikan.
  • Membantu organisasi meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan.