Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Skop Aduan Integriti Pegawai EAIC

5 Dis 2016

Antara skop aduan integriti yang boleh dilaporkan kepada Unit Integriti adalah seperti berikut:

  1. Salah guna kuasa dan penyelewengan;

  2. Memberi / menerima / meminta /menawar suapan;

  3. Pelanggaran undang-undang, peraturan-peraturan, kod etika atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan yang antaranya adalah seperti berikut:
    • i. Tidak hadir bekerja / tidak patuh kepada waktu bekerja penjawat awam.
    • ii. Tidak mematuhi kod etika organisasi/pekeliling/ peraturan/arahan yang sedang berkuat kuasa.
    • iii. Gangguan seksual / berkhalwat / berkelakuan sumbang.
    • iv. Tidak mengisytiharkan harta / mengemas kini pemilikan atau pelupusan harta baru.
    • v. Penyalahgunaan / ketagihan najis dadah.
    • vi. Melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran Ketua Jabatan.
    • vii. Keluar negara tanpa kebenaran Ketua Jabatan.

  4. Tidak jujur / tidak amanah / tidak bertanggungjawab seperti berikut:
    • i. Membuat tuntutan palsu.
    • ii. Mengemukakan sijil cuti sakit palsu.
    • iii. Pembocoran / penyalahgunaan rahsia rasmi jabatan atau kerajaan / maklumat terperingkat.
    • iv. Penyelewengan harta kerajaan bagi tujuan peribadi.

 

Untuk mengetahui Saluran aduan Integriti bagi Pegawai dan Kakitangan EAIC klik di sini.

Untuk muat turun Borang Aduan Integriti klik di sini.