PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti

 PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di sini.
Tayangan khas di Pawagam GSC anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dengan kerjasama SKOP Productions dan Astro Shaws itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ia bersempena Kempen ERAT (Encouraging Responsibility Accountability Trustworthiness) EAIC bagi meningkatkan kesedaran integriti dan usaha membanteras salah laku seperti rasuah serta penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam khususnya golongan penguat kuasa.
 
engerusi EAIC Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata berdasarkan prinsip No One Is Above The Law yang menjadi mesej utama filem itu, penguatkuasaan serta pelaksanaan undang-undang harus dilaksana secara adil tanpa prejudis dan kompromi tanpa mengira pangkat atau kuasa.
 
Beliau berkata selain itu, setiap penjawat awam bermula daripada pemimpin perlu bersikap terbuka dan tidak menutup sebarang kesalahan dalam organisasi bagi meningkatkan kredibiliti serta keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan awam.
Oleh itu, EAIC berharap lebih banyak karya seni dan filem seumpama Sheriff Narko Integriti akan dihasilkan oleh penggiat seni bagi membuka mata serta mendidik orang ramai khususnya penguatkuasa mengenai kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam menjaga kedaulatan negara dan undang-undang," menurutnya dalam kenyataan sempena tayangan khas itu.
 
Sumber : Astro Awani
 
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.