Menurut seksyen 23(2) Akta 700, aduan boleh dibuat secara bertulis melalui e-Aduan atau e-mel atau surat atau hadir sendiri ke Kaunter Aduan dan Pusat Khidmat Pelanggan Suruhanjaya.

PROSES PENGENDALIAN ADUAN

Penerimaan dan Pendaftaran Aduan

Setiap aduan yang diterima akan didaftarkan dan akan melalui proses penilaian awal bagi menentukan klasifikasi aduan salah laku yang diterima.

Mesyuarat Jawatankuasa Aduan (JKA)

Jawatankuasa Aduan (JKA) akan meneliti, menimbang dan memberi pengesyoran tindakan sewajarnya ke atas aduan di Mesyuarat Jawatankuasa Aduan. JKA boleh membuat pengesyoran seperti berikut:

  1. aduan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib agensi penguatkuasaan yang berkaitan [subseksyen 26(1) Akta 700];
  2. aduan dirujuk kepada SPRM [subseksyen 26(2) Akta 700];
  3. aduan disiasat penuh [subseksyen 26(3) Akta 700]; atau
  4. aduan tidak diteruskan penyiasatan [subseksyen 26(4) Akta 700].

Penyiasatan Awal

JKA juga boleh mengarahkan penyiasatan awal dijalankan ke atas mana-mana aduan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan aduan bagi menentukan klasifikasi aduan salah laku yang diterima [seksyen 25 Akta 700].

Penyiasatan Penuh

Bagi aduan yang diputuskan untuk dijalankan siasatan penuh [subseksyen 27 (4) Akta 700], penyiasatan boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:

  1. mendapatkan penjelasan/ jawapan/ justifikasi/ maklumat/ dokumen daripada pihak yang disiasat sama ada melalui surat, e-mel, panggilan telefon atau keluar membuat siasatan;
  2. mendapatkan keterangan daripada Pengadu EAIC, PYDA atau saksi yang berkaitan;
  3. lawatan ke mana-mana tempat atau premis yang diadukan bagi menentusahkan aduan Pengadu EAIC; atau
  4. apa-apa tindakan yang difikirkan wajar dan perlu untuk menyelesaikan/ melengkapkan siasatan.

Mesyuarat Suruhanjaya

Satu laporan mengenai syor JKA hendaklah disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Suruhanjaya untuk pertimbangan dan keputusan. Mesyuarat Suruhanjaya boleh membuat keputusan seperti yang berikut:

  1. aduan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib agensi penguatkuasaan yang berkaitan [subseksyen 27(1) Akta 700];
  2. aduan dirujuk kepada SPRM [subseksyen 27(2) Akta 700];
  3. aduan disiasat penuh [subseksyen 27(4) Akta 700]; atau
  4. aduan tidak diteruskan penyiasatan [subseksyen 27(5) Akta 700].

Bagi aduan yang dijalankan penyiasatan penuh, satu laporan mengenai dapatan berserta syor hendaklah disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Suruhanjaya untuk pertimbangan dan keputusan. Mesyuarat Suruhanjaya boleh membuat keputusan seperti yang berikut:

  1. salah laku tidak dapat disahkan [perenggan 30(1)(a) Akta 700];
  2. syor hukuman tatatertib dan merujukkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakannya [perenggan 30(1)(b) Akta 700]; atau
  3. syor dirujuk kepada Pendakwa Raya bagi salah laku yang merupakan suatu kesalahan jenayah [perenggan 30(1)(c) Akta 700].
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hari Ini 183

Semalam 390

Minggu Ini 1328

Bulan Ini 10044

Keseluruhan 12642