Fungsi Suruhanjaya
Sejak Akta 700 berkuat kuasa, Suruhanjaya telah melaksanakan fungsi dan peranannya, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) Akta 700 seperti yang berikut:
| Bil | Fungsi |
| (a) | menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan sedemikian; |
| (b) | merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai penguat kuasa; |
| (c) | melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa; |
| (d) | mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan; |
| (e) | menggalakkan kesedaran tentang, penarnbahbaikan mengenai, dan pendidikan berhubung dengan, integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa; |
| (f) | membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa; |
| (g) | mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu berhubung dengannya; dan |
| (h) | membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya. |