Fungsi Suruhanjaya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 4 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] dilaksanakan oleh Bahagian dan Unit berikut:

  • Bahagian Operasi;
  • Bahagian Undang-Undang;
  • Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik;
  • Bahagian Khidmat Pengurusan;
  • Unit Integriti; dan
  • Unit Komunikasi Korporat.
  • Bahagian Operasi

    Fungsi Bahagian Operasi adalah sebagaimana di bawah perenggan 4(1)(a), (b), (c), (f), (g) dan (h) Akta 700 seperti berikut:

    Bil Fungsi
    (a) menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan sedemikian;
    (b) merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai penguat kuasa;
    (c) melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;
    (f) membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;
    (g) mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu berhubung dengannya; dan
    (h) membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya.
  • Bahagian Undang-Undang

    Fungsi Bahagian Undang-Undang adalah sebagaimana di bawah perenggan 4(1) (f) Akta 700 iaitu membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa.

    Fungsi tersebut juga termasuklah—

    Bil Fungsi
    (a) memberi nasihat perundangan kepada Suruhanjaya dan mewakili Suruhanjaya dalam prosiding mahkamah, (sekiranya ada);
    (b) mencadangkan penggubalan dan pindaan undang-undang, (sekiranya perlu);
    (c) menyemak setiap dokumen perundangan yang memberi kesan kepada Suruhanjaya;
    (d) membantu Suruhanjaya dalam pendengaran seperti diperuntukkan dalam subseksyen 34(4) Akta 700; dan
    (e) mengkoordinasi hal-hal berkaitan Parlimen.
  • Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik

    Fungsi Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik adalah sebagaimana di bawah perenggan 4(1) (d), (f), (g), (h) Akta 700 iaitu:

    Bil Fungsi
    (d) mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan;
    (f) membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;
    (g) mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu berhubung dengannya; dan
    (h) membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya.

    Fungsi tersebut juga termasuklah—

    Bil Fungsi
    (a) menjadi urus setia Mesyuarat Suruhanjaya / Mesyuarat Koordinasi;
    (b) menyediakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya;
    (c) menyelaras lawatan, kunjungan hormat dan sesi libat urus Suruhanjaya bersama dengan agensi penguatkuasaan seliaan;
    (d) menyelaras dan memantau penyediaan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Suruhanjaya;
    (e) menyelaras, memantau dan menyediakan data pencapaian Piagam Pelanggan Suruhanjaya;
    (f) menyelaras, mengurus dan menyelia Laporan Prestasi Badan Berkanun (SBsys dan My Result (OBB) bagi memenuhi pekeliling badan berkanun dan kementerian;
    (g) merancang, menyemak dan memantau penyediaan Pelan Strategik Suruhanjaya; dan
    (h) melaksanakan pengurusan kursus / bengkel / taklimat / sesi konsultasi anjuran dalaman dan luaran.
  • Bahagian Khidmat Pengurusan

    Fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan adalah menyediakan khidmat sokongan untuk mendokong sistem penyampaian perkhidmatan Suruhanjaya seperti berikut:

    Bil Fungsi
    (a) mengurus hal ehwal perkhidmatan pegawai Suruhanjaya merangkumi urusan pelantikan, penempatan, pengesahan pelantikan, peminjaman, pertukaran, kenaikan pangkat dan persaraan;
    (b) merancang, membangun dan menyelaras urusan pembangunan organisasi, pengukuhan perjawatan dan penyusunan semula organisasi Suruhanjaya;
    (c) melaksana pembangunan modal insan dan pengukuhan kompetensi pegawai Suruhanjaya;
    (d) merancang dan mengurus geran peruntukan, perolehan, pembayaran dan penyelenggaraan akaun Suruhanjaya mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan dengan teratur, cekap dan berkesan;
    (e) menyediakan khidmat hal ehwal pentadbiran am, pengurusan aset dan stor, keselamatan dan penyelenggaraan bangunan serta logistik; dan
    (f) merancang dan mengurus perancangan strategik ICT, pembangunan infrastruktur, pembangunan sistem serta menyedia kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada Suruhanjaya.
  • Unit Integriti

    Fungsi Unit Integriti adalah untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 seperti berikut:

    Bil Fungsi
    (a) Tadbir Urus
    memastikan pelaksanaan tadbir urus secara efektif;
    (b) Pengukuhan Integriti
    memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
    (c) Pengesanan dan Pengesahan
    • mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
    • melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
    (d) Pengurusan Aduan
    menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi;
    (e) Pematuhan
    memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan
    (f) Tatatertib
    melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
  • Unit Komunikasi Korporat

    Fungsi Unit Komunikasi Korporat adalah sebagaimana di bawah perenggan 4(1) (e) Akta 700 iaitu menggalakkan kesedaran tentang, penambahbaikan mengenai, dan pendidikan berhubung dengan, integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa.

    Fungsi tersebut juga termasuklah—

    Bil Fungsi
    (a) memantau dan mengesan isu-isu berbangkit berkaitan Suruhanjaya dan isu-isu salah laku pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan seliaan yang dilaporkan di media massa dan media sosial;
    (b) merancang dan menguruskan pelan komunikasi dan publisiti Suruhanjaya termasuk penyediaan jemputan media, kenyataan media, liputan media, dan temubual / wawancara media;
    (c) menguruskan media sosial dan laman sesawang Suruhanjaya, termasuk hebahan dan perkongsian mengenai aktiviti terkini Suruhanjaya;
    (d) menyelaras maklumat korporat Suruhanjaya dan menguruskan penerbitan bahan promosi dan publisiti Suruhanjaya;
    (e) menguruskan penjenamaan korporat untuk meningkatkan imej Suruhanjaya; dan
    (f) menyelaras dan memberi khidmat nasihat termasuk hal ehwal protokol bagi acara-acara rasmi Suruhanjaya.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hari Ini 104

Semalam 283

Minggu Ini 1575

Bulan Ini 9748

Keseluruhan 12645