A view of the sea

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan 10 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipanggil berhubung siasatan skandal visa perubatan untuk membawa masuk warga asing.

Bagaimanapun Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar, berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan yang dijalankan.

"Saya tak boleh nak ulas dulu kerana masih dalam siasatan. Jadi kita tunggu siasatan kerana (bimbang) menjejaskan siasatan kami.

"Ya menjurus kes tersebut (visa perubatan untuk membawa masuk warga asing," katanya ketika ditemui di Program Dua Tahun Kerajaan Madani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Ditanya sama ada EAIC akan memanggil lebih ramai pegawai JIM berhubung kes itu, Ismail berkata ia berdasarkan keperluan semasa dan hala tuju siasatan.

"Itu mungkin dari semasa ke semasa. Ikut bagaimana hasil siasatan yang kita buat," katanya. 

Semalam, seorang penolong pengarah antara 10 pegawai JIM dipanggil EAIC berhubung skandal visa perubatan untuk membawa masuk warga asing.

Menurut sumber, semua pegawai terbabit termasuk penolong pengarah kanan yang yang dikatakan bertugas di Bahagian Keselamatan dan Pasport dipanggil sepanjang minggu sepanjang minggu ini untuk diambil keterangan.

Sumber JIM memaklumkan Pasukan Petugas Khas EAIC turut menyerbu pejabat penolong pengarah terbabit, namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat dokumen atau fail diambil bagi tujuan siasatan.

 

Sumber : Harian Metro

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.