aadk_n9.png

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima aduan terhadap Pengarah Negeri Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan berkaitan isu serbuan pusat hiburan.

EAIC dalam satu kenyataan berkata, pengarah terbabit dikatakan telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan operasi serbuan ke atas sebuah kelab malam pada waktu siang. 

Menurut kenyataan itu, aduan yang diterima daripada pengadu sebenarnya berkaitan aktiviti jenayah yang berlaku pada waktu malam.

“Operasi serbuan ke atas kelab malam tersebut juga dikatakan dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran dan kelulusan khas Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Ibu Pejabat AADK.

“Siasatan mendapati pengarah negeri telah gagal memberi arahan yang tepat kepada pegawai AADK serta telah ingkar perintah kerana tidak mendapatkan kebenaran dan kelulusan khas Pengarah Penguatkuasaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan: Operasi Tempat Hiburan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah kenyataan itu lagi, sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap Pengarah Negeri AADK Negeri Sembilan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) AADK.

 

SUMBER : Sinar Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.