jk.png

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mendedahkan berlaku pelanggaran arahan oleh pegawai ketika bertugas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang sehingga membawa kepada 47 klien disyaki positif dadah jenis methamphetamine.

EAIC dalam kenyataan berkata, siasatan dijalankan selaras Subseksyen 27(4) Akta EAIC 2009 [Akta 700] susulan aduan diterima.

"Hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam PUSPEN yang dilakukan pegawai ketika bertugas," katanya.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada pihak berkuasa tatatertib Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan syor hukuman tatatertib mengikut Peraturan 38 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

"Pegawai berkenaan didapati ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah seperti diperuntukkan mengikut Peraturan 4(2)(i) peraturan sama," katanya.

Selain itu, EAIC turut memutuskan supaya laporan polis dibuat berhubung kejadian terbabit.

Sementara itu, EAIC mengesyorkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk pindaan terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah, latihan kepada pegawai penyiasat serta pindaan terhadap Sasaran Kerja Utama supaya proses 'flushing' dilakukan dengan lebih kerap bagi mengelak kejadian berulang.

EAIC juga mencadangkan kawal selia lebih ketat dilaksanakan bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke PUSPEN. – BERNAMA

 

SUMBER : Berita Harian

 
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.