DATUK SITI ZAINAB OMAR dilahirkan pada 31 Mei 1963 di Selangor. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Essex, United Kingdom (1985) dan Certificate of Barrister dari Gray’s Inn, United Kingdom (1986).
Datuk Siti Zainab Omar berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman menerusi khidmat sebagai Peguam Cara Perbendaharaan di Kementerian Kewangan (2009), Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Munisipal), Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara (AGC) (2012), Pegawai Undang-Undang di AGC (2013), Ketua Bahagian Penasihat, Penasihat Utama Persekutuan AGC (2014) dan Peguam Cara Negara II (2018 sehingga 2023).
Sepanjang perkhidmatan, Datuk Siti Zainab Omar telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.).
Datuk Siti Zainab Omar telah diperkenan pelantikan sebagai Pesuruhjaya EAIC oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 untuk tempoh tiga tahun.