TEKS UCAPAN

YBHG. DATUK DR. PRASAD SANDOSHAM ABRAHAM
TIMBALAN PENGERUSI

SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 

SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & SANJUNGAN BUDI

SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 2024

21 APRIL 2025 | HOLIDAY INN, SEPANG.

Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan,

Yang Berusaha Puan Asliza Ali,
Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EAIC,

Yang Diraikan para penerima anugerah serta

Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian,

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

 1.  Syukur dan terima kasih kita panjatkan kerana dengan izin-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Sanjungan Budi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) 2024 serta Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri EAIC 2025. Hari ini merupakan satu penghormatan untuk kita bersama-sama meraikan kecemerlangan, dedikasi dan jasa para warga kerja EAIC yang telah menunjukkan prestasi luar biasa sepanjang tahun lalu. It is a day to give credit where credit is due.

PENGHARGAAN KEPADA PENERIMA ANUGERAH

Para hadirin sekalian yang saya hormati,

 2.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 21 warga cemerlang EAIC, termasuk 6 penerima Anugerah      Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 15 penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang (SPPC). Kejayaan ini adalah hasil daripada dedikasi, komitmen tinggi dan usaha berterusan sepanjang tahun penilaian 2024. You have gone the extra mile, and it shows.

 3.  Hari ini, kita turut meraikan warga EAIC yang telah setia berkhidmat selama 10 tahun, serta menghargai jasa mereka yang telah meninggalkan EAIC untuk meneruskan kerjaya di tempat baharu. You’ve left big shoes to fill, and your contributions will continue to inspire excellence wherever you go.

EXCELLENCE AS A CONTINUOUS CULTURE

Hadirin sekalian,

 4.  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bukan sekadar sebuah majlis penghargaan. Ia adalah sumber inspirasi dan motivasi bagi setiap warga kerja EAIC untuk terus berusaha mencapai tahap tertinggi dalam perkhidmatan. Excellence is not an act, but a habit. Success is the sum of small efforts repeated day in and day out. Pengiktirafan ini wajar menjadi peringatan bahawa what we do today determines our tomorrow.

 5.  Namun, APC bukanlah titik noktah. Sebaliknya, ia seharusnya menjadi pemangkin untuk terus maju. Don’t rest on your laurels. Teruskan menyumbang idea-idea segar, mempertingkatkan mutu kerja dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

 6.  Kecemerlangan adalah budaya yang perlu disemai dalam setiap individu. The true measure of success is not how far you’ve come, but how far you’re willing to go. Jadikan ia sebagai cabaran untuk terus memperbaiki diri dan organisasi.

SETIAP INDIVIDU ADALAH ASET ORGANISASI

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

 7.  Dalam dunia yang sentiasa berubah, setiap individu memainkan peranan yang sangat penting. No one can whistle a symphony. It takes an orchestra to play it. Kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung kepada kepimpinan, tetapi juga kepada kesungguhan setiap warganya.

 8.  Jangan sekali-kali meremehkan sumbangan diri sendiri. A small spark can start a great fire. Setiap usaha, walau sekecil mana sekalipun, membawa impak yang besar apabila digabungkan. Komitmen anda semua adalah nadi kekuatan EAIC. Together, small actions create great change. Teruskan menyalakan semangat dan memberi inspirasi kepada yang lain.

9.  Apabila kita melaksanakan tugas dengan amanah dan niat yang betul, kerja kita bukan sekadar satu pekerjaan. It becomes more than just a job. Ia menjadi satu bentuk sumbangan, a meaningful contribution to society and the nation. Dalam setiap tanggungjawab yang kita pikul, tersemai harapan rakyat dan masa depan negara.

KOMITMEN EAIC DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRITI DAN KECEKAPAN PENGUATKUASAAN

Yang dihormati hadirin sekalian,     

 10. Akhir-akhir ini, EAIC telah mendapat perhatian yang meluas daripada media berikutan peranannya dalam meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti agensi penguatkuasaan. Sebagai badan yang bertanggungjawab memastikan integriti dalam sektor awam, EAIC terus mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung hasil dapatan siasatan yang dijalankan. This transparency is a testament to EAIC’s commitment to integrity and accountability.

 11. Action expresses priorities. Demi membuktikan keseriusan dalam menangani isu ketirisan hasil negara dan salah laku anggota penguat kuasa, beberapa Special Task Force telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes-kes berkenaan. Langkah ini bukan hanya mencerminkan komitmen EAIC terhadap ketelusan, tetapi juga memperkukuh mekanisme penyiasatan dan meningkatkan keberkesanan tindakan susulan.

 12. An ounce of prevention is worth a pound of cure. Kecekapan dan integriti dalam perkhidmatan awam tidak boleh dikompromi. Kita perlu membina sistem yang mencegah salah laku sebelum ia berlaku, bukan hanya bertindak selepas kejadian. Preventive action is key to maintaining a culture of integrity.

 13. EAIC percaya bahawa keberkesanan penguatkuasaan bergantung kepada sistem yang telus dan profesional. Maka, inisiatif seperti Kajian Berkaitan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia dalam Melaksanakan Penguatkuasaan Akta 317 di Perairan Malaysia adalah langkah tepat ke arah penambahbaikan menyeluruh.

14. Pendekatan ini selari dengan matlamat EAIC untuk bukan sekadar menyiasat isu salah laku, tetapi juga membantu agensi penguatkuasaan dalam menambah baik sistem mereka agar lebih berdaya saing, telus dan berintegriti. To be part of the solution, not part of the problem.

HALA TUJU EAIC: KE ARAH PERKHIDMATAN AWAM YANG LEBIH BERINTEGRITI

Saudara dan saudari sekalian,

 15. Dalam usaha memperkukuh sistem pemantauan dan akauntabiliti sektor awam, Kerajaan telah mencadangkan penubuhan Ombudsman Malaysia sebagai sebuah badan pemantau bebas. Gabungan fungsi EAIC dan BPA ini dijangka dapat memperkukuh sistem pemantauan dan menangani salah laku dalam sektor awam secara lebih menyeluruh.

 16. Sebagai penjawat awam, kita mesti bersedia mendepani perubahan. The only constant in life is change. Kita harus tangkas, proaktif dan bersedia menyesuaikan diri untuk kekal relevan. After all, it is not the strongest or the most intelligent who will survive, but those who can best manage change.

SYAWAL AND INTEGRITY: CONTINUING OUR SERVICE WITH SINCERE COMMITMENT

Honoured guests, ladies and gentlemen,

 17. As we continue to celebrate the month of Syawal, I would like to extend my heartfelt Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja EAIC. Bulan ini melambangkan kemenangan dalam menghayati nilai-nilai sejagat seperti keikhlasan, kejujuran dan perpaduan. As the saying goes, honesty is the best policy, and unity is strength. These timeless values remind us that true success is not measured solely by achievements, but by the integrity of our actions and the sincerity of our hearts.

 18. In this spirit of renewal, let us move forward together. With open hearts and a shared purpose, continuing our service with passion, humility and grace. Let us lead not just with competence, but with character.

 PENUTUP

 19. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah. Anda adalah inspirasi dan teladan buat rakan sekerja. Keep raising the bar, and others will follow. Teruskan mencabar diri dan memberikan yang terbaik, kerana kejayaan anda akan menjadi dorongan kepada yang lain untuk turut cemerlang.

 20. Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk menunaikan amanah dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawab, agar EAIC kekal menjadi sebuah institusi yang dihormati, diyakini dan memberi impak kepada negara. The proof of the pudding is in the eating, may our actions serve as a true testament to the values we hold dear.

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.