WhatsAppImage2025-08-06at143602
WhatsAppImage2025-08-06at1436021
WhatsAppImage2025-08-06at1436032
WhatsAppImage2025-08-06at1436031
WhatsAppImage2025-08-06at143603
WhatsAppImage2025-08-06at1436033
WhatsAppImage2025-08-06at143604
previous arrow
next arrow

undang

Skop Aduan

Ruang lingkup salah laku yang boleh diadukan.

Maklumat Aduan Yang Diperlukan

Maklumat aduan yang diperlukan antaranya adalah butiran penuh pengadu, butiran pegawai penguat kuasa serta butiran aduan.

Saluran Aduan

Aduan boleh disalurkan kepada EAIC melalui

  • No. Talian WhatsApp : 019-355 5215;
  • Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) at EAIC Portal;
  • e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
  • Hadir di Kaunter Aduan & Pusat Khidmat Pelanggan EAIC di Aras G, Menara Usahawan, No.18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Sila hubungi 03-8880 5650 untuk pertanyaan lanjut.

 

  • Sempadan betul & salah sudah semakin kabur

    sudah.jpg

    SUMBER : Harian Metro

     

    Read more

  • Apabila salah laku sudah menjadi budaya

     sd.jpg

    SUMBER : Utusan Malaysia

    Read more

  • EAIC Cadang Laksana Kajian Naik Taraf CIQ, BSI, Tangani Isu Kesesakan

    bernama

    JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mencadangkan kajian penambahbaikan pelan struktur dan susun atur Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ)

    Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor bagi menangani isu kesesakan dan meningkatkan kelancaran pergerakan pelawat serta kenderaan di sempadan negara.

    Pengerusi EAIC Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata cadangan berkenaan antara lain melibatkan kajian semula terhadap pergerakan trafik dan pelawat di sekitar bangunan yang kini beroperasi dalam kapasiti tinggi.

    "Bangunan ini sudah lama dan kita melihat peningkatan ketara pergerakan keluar masuk pelawat dan kenderaan, maka terdapat keperluan untuk mengkaji semula pelan susun atur bangunan secara menyeluruh.

    "(Usaha ini) Mungkin melibatkan satu perbelanjaan yang besar tetapi kita akan buat kajian terlebih dahulu. Kalau perkara ini tidak dibuat dari sekarang, kita tidak akan melihat satu penambahbaikan di BSI ini," katanya semasa sesi lawatan kerja EAIC ke BSI hari ini.

    Turut hadir Pengarah Imigresen negeri Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dan Komander Kawalan dan Perlindungan Sempadan Roszita Dim.

    Antara cadangan yang dikemukakan ialah laluan kenderaan berat seperti lori dialihkan ke Sub Kompleks Sultan Abu Bakar bagi membolehkan BSI difokuskan kepada pengurusan pelawat sahaja.

    "Itu merupakan antara cadangan awal yang boleh dipertimbangkan. Kita akan mencadangkan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melaksanakan kajian keberkesanan ini," katanya.

    Mengulas mengenai lawatan kerja hari ini, Ismail berkata ia sebahagian daripada sesi libat urus pertama suruhanjaya itu bersama AKPS di kompleks berkenaan.

    "Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendengar permasalahan yang berlaku di BSI, termasuk dari segi pentadbiran, infrastruktur, sistem sokongan dan kemudahan untuk pegawai bertugas," katanya.

    Beliau berkata hasil dapatan lawatan terbabit akan dibentangkan kepada pihak berkaitan dalam usaha mencari penyelesaian jangka panjang terhadap cabaran operasi di satu daripada pintu masuk utama negara itu.

    Ismail berkata lawatan berkenaan mencerminkan komitmen suruhanjaya itu bagi memperkukuh integriti dan tadbir urus telus dalam penguatkuasaan, selaras dengan kuasa di bawah Akta 700 serta mandat sebagai Ketua Peneraju Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi Focus Group Penguatkuasaan.

    "Lawatan ini juga membuka ruang kerjasama strategik rentas agensi atau 'smart partnership', khususnya dalam memastikan pengoperasian yang bersepadu, berkesan dan selari dengan matlamat tadbir urus terbaik," katanya.

    SUMBER : Bernama

    Read more

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.