KUALA TERENGGANU - Keseluruhan lima sesi pendengaran awam cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC, positif.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang RUU IPCMC itu, Ramkarpal Singh laporan dan kajian mengenai perkara tersebut mengambil kira pandangan awam tanpa mengira fahaman politik. Jelasnya suruhanjaya itu berperanan dalam meningkatkan reputasi PDRM selain memberi banyak manfaat kepada anggota polis. Terengganu adalah sesi terakhir pendengaran awam IPCMC, menyaksikan penyertaan lebih 500 peserta. RUU IPCMC itu akan dibentangkan ke Dewan Rakyat pada atau selewat-lewatnya 25 November ini.

Sumber : Berita RTM

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Keseluruhan 13056