IPCMC ambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum bentang di Dewan Rakyat

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak termasuk pembangkang sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2019, Ramkarpal Singh berkata, ketika ini laporan lengkap berhubung perkara itu sedang disiapkan dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Menurut beliau, kesemua pandangan itu akan disimpulkan dalam laporan sebelum Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis dibentang di Dewan Rakyat selewat-lewatnya 25 November ini.

"Laporan yang akan kita sediakan akan mengambil kira semua pandangan untuk dan menentang Rang Undang-Undang ini, itu tugas kami

Beliau berkata demikian ketika hadir pada sesi kelima Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang di sini pada Sabtu.
Jelas Ramkarpal, Terengganu menjadi destinasi terakhir selepas Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Ramkarpal berkata, pelbagai pandangan dan maklum balas positif diterima sepanjang sesi itu diadakan.

Sumber : Astro Awani

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Keseluruhan 13060