KUALA LUMPUR: Maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan diperlukan sebelum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dimuktamadkan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata walaupun pihak kerajaan bersetuju untuk memperkasakan IPCMC, namun perkara itu masih memerlukan pemahaman yang lebih mendalam.

“Saya kira ini memerlukan proses maklum balas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguat kuasa yang lain bagi membolehkan ia dapat diterima baik oleh semua pihak.

“Mungkin perlu langkah-langkah susulan kerana belum ramai yang memahami tujuan dan cara bagaimana ia dilaksanakan, ia seolah-olah memberi tumpuan kepada satu pihak sahaja,” katanya ketika pemberita selepas Hari Peringatan Polis Ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini memaklumkan pihaknya akan menyerahkan memorandum berkaitan IPCMC kepada kepemimpinan kerajaan dalam masa terdekat.

Mohamad Fuzi dilaporkan berkata, pihaknya masih meneliti inti pati memorandum itu bagi memastikan ia dirangka secara menyeluruh.

Sumber : Berita Harian

Tarikh : 25/03/2019

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.