Rang Undang Undang IPCMC diperhalusi

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa Kabinet hari ini memutuskan untuk meneliti semula Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Takiyuddin berkata, perkara itu akan diperhalusi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Hasil perbincangan dibawa ke peringkat Kluster Keselamatan yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri sebelum dibawa ke Mesyuarat Kabinet untuk diputuskan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya sebentar tadi.

Salim Bashir pada sidang akhbar pertamanya Sabtu lalu berkata, Majlis Peguam turut menyeru kerajaan meneruskan usaha kerajaan terdahulu menubuhkan IPCMC.Terdahulu, Presiden baharu Badan Peguam Malaysia, Salim Bashir Bhaskaran menggesa kerajaan Perikatan Nasional meneruskan Rang Undang-undang IPCMC yang merupakan inisiatif kerajaan Pakatan Harapan.

"Kami menggesa menteri undang-undang (Takiyuddin Hassan) melihat untuk membentangkan Akta Profesion Undang-undang yang baru dalam sidang Parlimen akan datang," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Keseluruhan 12640