EAIC kaji isu kematian dalam tahanan

Kajian EAIC turut merangkumi kajian lapangan terhadap lokap terpilih di seluruh negara dengan penumpuan kepada lokap yang pernah berlakunya kes kematian dalam tahanan. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Kajian berhubung isu kematian dalam tahanan sedang dijalankan, dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan, kata Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Ini didedahkan EAIC setelah Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto mempertikaikan sama ada suruhanjaya berkenaan akan mengambil sebarang tindakan berhubung tiga kematian dalam tahanan yang berlaku sepanjang lebih sebulan lalu.

“EAIC memandang serius terhadap kes kematian dalam tahanan yang dilaporkan berlaku termasuklah ketiga-tiga kes (berkenaan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata EAIC, kajian tersebut akan melibatkan, antara lainnya, pengumpulan data dan statistik kes kematian dalam tahanan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.

Ia turut merangkumi kajian perbandingan undang-undang dan peraturan lokap negara lain, serta kajian lapangan terhadap lokap terpilih di seluruh negara dengan penumpuan kepada lokap yang pernah berlakunya kes kematian dalam tahanan.

“Hasil kajian ini akan diangkat kepada pihak kerajaan bagi pengesyoran penambahbaikan prosedur pengendalian tahanan dalam lokap agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC agar dapat menangani isu-isu yang berkaitan dengan sewajarnya,” katanya.

Tambahnya, setiap siasatan berhubung kematian dalam tahanan oleh pihak EAIC adalah bebas dan telus berdasarkan kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta EAIC 2009 (Akta 700).

Pada Khamis, Surendran Shanker, 21, yang ditahan atas tuduhan dadah tahun lalu meninggal dunia di Hospital Kluang, kurang sebulan selepas dipindahkan ke Penjara Simpang Renggam.

Kematian Surendran menyusul hanya sebulan selepas penjual susu lembu, A Ganapathy pada 18 April lalu dan pengawal keselamatan, S Sivabalan pada 20 Mei. Kedua-duanya meninggal dunia di hospital selepas ditahan di balai polis Gombak.

Sumber : Free Malaysia Today

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hari Ini 249

Semalam 423

Minggu Ini 1437

Bulan Ini 9610

Keseluruhan 12507