‘Complaint is a Gift’, Integrity : Cultivating and Transforming
Butiran
1316
PROGRAM WEBINAR ANJURAN
INSTITUT KEPIMPINAN STRATEGIK TUN GHAZALI SHAFIE
(TGSISL)
KOLEJ UNIVERSITI YAYASAN PAHANG
‘Complaint is a Gift’, Integrity : Cultivating and Transforming
4 Disember 2020 (Jumaat)
Platform Atas Talian “Zoom”
Bismillahirahhmanirrahim,
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan
Salam Sejahtera,
Yang Berbahagia Prof Emeritus Dato' Dr Ahmad Haji Zainuddin, Naib
Canselor Kolej Universiti Yayasan Pahang
Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Ruzita Manshor,
Pengarah Institut Kepimpinan Strategik Tun Ghazali Shafie
Dekan-Dekan, pensyarah-pensyarah serta warga kerja Kolej
Universiti Yayasan Pahang,
Para pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang yang dikasihi, serta
Sidang hadirin sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya kita diberi kesempatan untuk berkumpul melalui platform atas talian pada pagi ini.
2. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada YBhg. Prof Emeritus Dato' Dr Ahmad dan YBhg. Prof Madya Dr. Ruzita kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam webinar anjuran Institut Kepimpinan Strategik Tun Ghazali Shafie ini, lebih-lebih lagi mengenai integriti. Ianya adalah satu topik yang saya kira sangat penting, bukan kerana saya sekarang Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa atau EAIC; tetapi sudah sekian lamanya. Baik sebagai Pengerusi PETRONAS selama 6 tahun, atau selama lebih 38 tahun sebelum itu dalam Perkhidmatan Awam.
3. Saya amat bangga menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan Awam negara kita. Bukan semata-mata kerana saya pernah menjadi KSN; tetapi sejak saya mula BERKHIDMAT sebagai Penolong Pengarah lagi dengan gaji sebanyak RM750 sebulan dalam tahun 1974. Saya tahu dan saya sedar bahawa amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam adalah berat dan besar. Dan, emolumen yang diterima terutamanya bagi pegawai kanan masa saya dahulu adalah amat kecil berbanding dengan Ketua Eksekutif Korporat atau GLC. Tetapi itu adalah pilihan kita untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Wang ringgit tidak dapat membeli kepuasan hati memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan kita. Atau, membeli kita!
4. Itulah sebabnya saya tidak kisah sangat dengan imbuhan yang saya terima semasa dalam perkhidmatan awam, atau jaki dengan kawan saya dari bangku sekolah rendah ke Universiti yang meceburi sektor swasta mendapat imbuhan yang amat jauh lebih besar, berkereta mewah dan mempunyai harta yang banyak.
5. Tetapi saya amat jaki, dengki dan kecewa dengan penjawat awam yang mendapat imbuhan yang besar, berkereta-kereta mewah dan mempunyai harta yang banyak sekiranya diperolehi dengan cara yang tidak berintegriti.
Saudara-saudari sekalian,
6. Sangat banyak yang diperkatakan sekarang ini mengenai integriti. Atau lebih tepat, mengenai masalah integriti dalam perkhidmatan awam. Kita didedahkan saban hari dengan laporan- laporan mengenai tangkapan, reman, pembebasan, pendakwaan, hukuman. Dan ramai yang menggunakan "lexicon" ala COVID19 seperti “pandemik” untuk menerangkan keadaan ini di negara kita. Barang disimpangkan Allah, janganlah hendaknya akan timbul situasi dimana kita semua lalai dan dilalikan untuk menyifatkan semua ini benar, satu kebiasaan, satu kelaziman dan ianya “norma baru” yang kita harus terima. Ala COVID!
7. Sebagai mantan pegawai kanan penjawat awam, saya katakan dengan jelas dan lantang: KITA TIDAK BOLEH MENERIMA bahawa ini adalah satu norma baru yang harus diterima oleh perkhidmatan awam. Oleh masyarakat awam. Dan sekiranya suara majoriti ini, dalam perkhidmatan awam dan di kalangan awam, lantang menentang - - dan diikuti dengan tindakan yang wajar, tegas, adil dan saksama - - saya berkeyakinan penuh ianya adalah vaksin mustajab mengekang keinginan dan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab. Baik dikalangan penerima. Atau dikalangan pemberi.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
8. Walaupun sesi yang diperuntukkan pada hari ini adalah selama 1 jam, saya bercadang untuk menggariskan beberapa isu sahaja dan seterusnya kita boleh berkongsi pandangan dan idea mengenai topik hari ini iaitu ‘Complaint is a Gift’, Integrity : Cultivating andTransforming.
9. "Complaint is a Gift" atau "Aduan sebagai satu Hadiah" bukanlah perkara baru. Semasa saya menjadi KSN dulu MAMPU sangat aktif cuba membudayakan falsafah ini didalam perkhidmatan awam. Dimana Kementerian dan jabatan, lebih-lebih lagi ketua dipelbagai peringkat mengalu-alukan aduan. Ini berbeza dengan kelaziman. Lazimnya kita tidak suka kepada aduan kerana ianya akan menyusahkan kita. Aduan adalah satu kenyataan mengenai ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, orang atau organisasi. Dalam kontek "Complaint is a Gift" aduan yang dibuat dengan suci hati, ada merit dan munasabah membolehkan kelemahan dalam prosedur, kakitangan dan lain-lain dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Tetapi ianya memerlukan minda yang ada keterbukaan untuk menerima teguran yang membina. Dimana Kementerian atau jabatan itu sendiri yang menerima aduan dan membuat penambahbaikan. Bukan diarah atau diawas oleh lain-lain pihak.
10. Justeru itu, aduan harus dilihat sebagai sesuatu yang positif – sebagai satu hadiah! Sehubungan dengan ini, tidak kira sebagai penjawat awam, ahli akademik atau sektor swasta, aduan perlu dilihat sebagai hadiah yang tidak ternilai daripada pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan akan mempunyai nilai tambah sekiranya aduan itu diselesaikan dengan segera dan berhemah. Saya percaya pelanggan akan teruja dengan pembekal barangan atau perkhidmatan yang menangani isu yang mereka hadapi dan sekaligus menambahbaik barangan atau perkhidmatan yang dibekal. Kita dapat mengekal pelanggan yang mungkin akan hilang sekiranya tidak ditangani. Juga mungkin mendapat pelanggan baru dengan penambahbaikan yang dilaksanakan.
11. Sewaktu saya menjadi KSN, alamat e-mel saya adalah terbuka dan tersedia untuk semua. Dan saya sendiri membaca dan membalas setiap e-mel tersebut. Sebagai pemimpin, tidak cukup untuk mengatakan bahawa kita terbuka terhadap cadangan. Kita mesti benar-benar terbuka terhadap cadangan dan kritikan. Dan perkara terpenting adalah tindakan susulan terbaik yang diambil terhadap setiap cadangan dan kritikan tersebut. Waktu itu saya beruntung oleh kerana setiap aduan yang saya terima diselesaikan dengan cepat dan berkesan oleh Agensi-agensi yang diadukan. Dan agensi-agensi terbuka menerima aduan dan menyelesaikannya sendiri.
12. Organisasi dan syarikat yang cemerlang bukan sahaja tidak membenci pengadu, malah sangat responsif kepada aduan yang wajar dan memberi ganjaran dalam bentuk barang dan pekhidmatannya yang percuma. Ada juga yang memberi tambahan dalam bentuk wang. Pada pemerhatian dan pembelajaran saya organisasi, syarikat dan pekerja cemerlang adalah pengkritik mereka sendiri yang paling tegar. "They are their worst critic". Jadi tidak akan banyak apa orang lain boleh adukan!
13. Saya suka berseloroh bahawa tanggungjawab asas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah JLLR (jalan, lampu, longkang, rumput) dan fungsi ini dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya YDP dan lain-lain warga kerja PBT mendengar dan menangani aduan yang dibuat oleh residen kawasan mereka. Sebagai contoh mereka tidak perlu menggaji pekerja hanya untuk mencari lampu jalan yang tidak berfungsi (diwaktu malam) atau mandor untuk mempastikan rumput dipotong oleh kontraktor. Penduduk-penduduk menjadi rakan kongsi yang tidak digaji. Yang menjimatkan masa dan tenaga kerja.
14. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Majlis Perbandaran Kuantan kerana berjaya mendapat tempat kedua bagi Anugerah Bandar Mampan terbaik kategori Majlis Perbandaran sempena Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan 2020. Menduduki tempat kedua dari 126 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ikut serta menunjukkan MPK berada di satu tahap tadbir urus yang terbaik dan efektif. Saya percaya perkara ini pastinya mustahil untuk dicapai sekiranya MPK membisu kepada aduan dan cadangan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
15. Pada saya, senario yang terbaik ialah apabila organisasi yang diadukan itu sendiri diajukan aduan. Dan, mereka meraikannya - "celebrate the complaint". Dengan menyelesaikannya.
16. Tetapi hakikatnya lebih banyak aduan dibuat kepada pihak ketiga. Sebagai contoh bagi perkhidmatan awam kepada Biro Pengaduan Awam. Bagi kes-kes tertentu terutamanya yang melibatkan integriti aduan dibuat kepada SPRM dan bagi Agensi-agensi Penguatkuasaan juga kepada EAIC.
17. Saya sememangnya suka kepada slogan "Complaint is a Gift". Tetapi dalam hal-hal seperti ini saya lebih suka tidak menerima hadiah! Atau kurang menerima hadiah. Kejayaan kita menangani isu integriti ialah apabila agensi-agensi seperti SPRM, EAIC, Jabatan-jabatan Integriti menerima aduan yang berkurangan dan fokus mereka bukan lagi terhadap penyiasatan dan pendakwaan tetapi kepada pendakwahan. Dakwah supaya mendekati kebaikan dan menjauhkan yang mungkar. "Cultivating and transforming integrity". Sehubungan dengan ini saya suka mengingatkan diri saya dan rakan-rakan saya supaya sebagai pendakwah kita sendiri perlu putih dari putih. "Whiter than white!"
Sidang hadirin sekalian,
18. Integriti bukan sahaja bermakna kita menjauhkan diri daripada amalan-amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Dalam konteks yang lebih luas, ia juga merangkumi nilai-nilai taat, jujur dan amanah.
Lookfor3things in a person. Intelligence, Energy and Integrity. If they don’t have the last one, don’t even bother with the first two.
20. Saya tidak menafikan peri pentingnya dua ciri lain iaitu kebijaksanaan dan kecerdasan. Akan tetapi, integriti adalah tiang utama yang memegang ketiga-tiganya bersama dan tanpa integriti, maka runtuhlah sesebuah organisasi yang dibina.
20. Saya percaya, memupuk semangat dan budaya integriti bermaksud memberikan yang terbaik. Dalam setiap peranan yang dipertanggungjawabkan. Terbaik dalam melaksanakan Amanah. Tidak hanya sekadar memenuhi syarat tetapi melaksanakannya dengan sehabis baik.
21. Dalam apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup, ke mana sahaja kita melangkah, dalam setiap keputusan yang diambil - kita mesti sentiasa memberikan yang terbaik. Ini kerana ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.
22. Pembudayaan integriti akan membolehkan kita membuang segala tembok dan blok yang membatasi pemikiran kita, untuk melihat dan memberikan yang terbaik dalam gambaran yang lebih besar, melebihi kepentingan individu. Ujian integriti adalah selalu melakukan perkara yang betul, walaupun tidak ada yang melihat. Dan adalah lebih utama apabila TIADA yang melihat!
23. Walau bagaimanapun, saya percaya budaya integriti dalam perkhidmatan perlu diterapkan seiring dengan tadbir urus yang baik. Ia bererti setiap individu perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap organisasi. Sentiasa memikirkan yang terbaik untuk organisasi. Walau pun sekiranya ‘kesalahan ’berlaku bukan di jabatan kita, tetapi ia berlaku di organisasi kita, kita perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan kebertanggungjawaban dalam memastikan ‘salah ’itu diperbetulkan. Perkara pokoknya, setiap tadbir urus yang baik memerlukan rasa kebertanggungjawaban setiap individu dalam organisasi.
Sidang hadirin sekalian,
24. Saya sedar bahawa dalam organisasi yang terbaik mana sekali pun, yang walaupun merupakan ‘high performance organisation’, pasti akan ada individu yang mungkin tidak mencerminkan budaya integriti. Dalam situasi seperti ini, mungkin ada orang yang berpendapat demi menjaga nama baik organisasi, kita patut senyap- senyapkan sahaja perlakuan itu. Supaya masyarakat tidak memandang serong kepada organisasi kita yang baik, yang rata-rata semuanya baik-baik belaka.
25. Ini sepatutnya tidak berlaku. Kita tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan tidak berintegriti. Kita perlu mempunyai ‘Zero Tolerance’. ZETO. Jangan kerana ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’. Sebagai pemimpin, kita sendiri perlu memastikan nila setitik ini dikeluarkan dari susu sebelanga. Inilah “Tone from the Top”. Kepimpinan melalui teladan. Bahawa kita sentiasa berpegang kepada pentadbiran berintegriti tinggi. Sehubungan dengan ini, saya amat menghormati dan teruja dengan TINDAKAN dan pendirian tegas yang diambil oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Immigresen bersabit salahlaku yang dilaporkan dikalangan anggota masing-masing. Dan, saya percaya mereka tidak keseorangan. They do not walk alone.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
26. Saya berdoa kehadrat Illahi, agar kita semua menggalas tanggungjawab kita dengan penuh integriti dan akauntabiliti. Sesungguhnya, ujian integriti bukan sahaja apabila ada yang memerhatikan kita. Ujian sebenar adalah apabila tiada siapa yang memerhati dan kita tetap berpegang teguh kepada prinsip integriti yang tersemat di dalam sanubari.
Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) KALI KE - 4
Butiran
1572
MAJLISPERASMIAN
MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI
SURUHANJAYAINTEGRITIAGENSIPENGUATKUASAAN(EAIC)
KALIKE- 4
9September2020
DewanSerbaguna,MenaraUsahawan,Putrajaya
Bismillahirahhmanirrahim,
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
dan Salam Sejahtera,
Yang Berusaha Encik Zulfadli Bin Abu Bakar,
Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC,
Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC, dan
Seluruh warga keluarga EAIC yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya jua dapat kita bersama-sama hadir dan berkumpul pada pagi ini, bersempena Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC kali ke – 4.
2. Pagi ini merupakan kali pertama saya merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC dan platform ini juga merupakan kali pertama saya menyampaikan amanat kepada seluruh warga keluarga EAIC. Saya amat menghargai amanah dan kepercayaan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia memberi peluang kepada saya dan barisan Pesuruhjaya untuk menyumbang khidmat bakti kepada rakyat dan Negara melalui EAIC.
3. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-63 dan Selamat Hari Malaysia kepada kita semua. Semoga kita terus merdeka, bebas dan berdaulat. Walaupun banyak yang telah dikecapi oleh negara kita dalam jangka masa yang secara relatif agak singkat, kita harus mengambil semangat kemerdekaan ini untuk terus maju, menjadi yang terbaik mungkin, supaya tanah air yang kita cintai ini akan kekal merdeka, bebas dan berdaulat selama-lamanya, insya Allah. Begitu juga, setiap individu di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan harus menanam semangat yang tinggi, seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini – Prihatin Rakyat. Di mana kita sebagai penjawat awam sentiasa memberikan yang terbaik untuk Rakyat dan Negara.
Para hadirin sekalian,
4. EAIC sebagai sebuah agensi yang melaksanakan fungsi badan pengawasan integriti di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat. Sebagai sebuah badan pengawasan integriti, EAIC perlulah menjadi yang terbaik, “be whiter than white” dari segi integritinya. Dan tanggungjawab ini perlulah dipikul secara kolektif oleh setiap individu di EAIC.
5. Menghayati tema Hari Kebangsaan iaitu Prihatin Rakyat, saya amat bercita-cita untuk melihat setiap kita di EAIC sentiasa mengambil langkah-langkah positif untuk meningkatkan tahap perkhidmatan masing-masing. Ini termasuk menerapkan minda terbuka yang mengutamakan kualiti dan elakkan daripada menjalankan tugas sambil lewa. Rakyat memerlukan kita penjawat awam yang mempunyai daya fikir yang tinggi, kemahiran menganalisis situasi, mempunyai high-level critical thinking serta kreatif, cepat dan cekap mengambil tindakan, berlandaskan integriti.
6. Dalam memastikan integriti penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan dijulang dan mendapat kepercayaan orang ramai, terdapat dua perkara yang perlu dipraktik. Pertama, dalam dunia serba digital, salahlaku integriti boleh tersebar luas dalam sekelip mata sahaja melalui video-video viral melalui internet. Oleh yang demikian, tindakan susulan oleh EAIC sebagai badan pengawasan perlulah dilihat diambil dengan cepat. EAIC tidak boleh menunggu masa dan keadaan yang sesuai untuk mengambil tindakan. Tindakan yang proaktif akan meningkatkan kredibiliti EAIC sebagai sebuah badan pengawasan dan secara tidak langsung akan meningkatkan kepercayaan orang awam kepada agensi penguatkuasaan. Dan, meningkatkan kepercayaan kepada Perkhidmatan Awam dan kepada Kerajaan.
7. Kedua, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, kita perlulah meletakkan diri kita di tempat pihak yang memerlukan perkhidmatan. Sistem penyampaian perkhidmatan yang benar- benar menepati kehendak rakyat dan setiap golongan pelanggan, memerlukan sokongan semua pihak untuk mencapai objektifnya. Setiap aduan yang diadukan kepada EAIC perlulah dianggap sebagai satu hadiah bagi memastikan integriti agensi seliaan yang diadukan terjaga. A complaint is a gift for us to improve. Tetapi bukan membuat kerja secara terburu-buru dan yang membawa kepada penganiayaan. Dan, kita haruslah mengelak dari digunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan untuk melakukan penganiayaan!
Hadirin sekalian,
8. Integriti itu sememangnya merupakan tanggungjawab setiap individu. Dan perkara paling utama adalah kita sendiri harus menjauhkan diri daripada salahlaku integriti. Lebih dari itu dan turut penting: sekiranya kita mengetahui rakan sekerja cuba melakukan sesuatu salahlaku, kita harus memberi nasihat supaya menjauhinya. Sekiranya nasihat kita tidak diendah adalah tanggungjawab kita untuk melaporkannya kepada Ketua Jabatan atau mana-mana Pihak yang Berwajib.
9. Sekiranya setiap warga kerja di agensi penguatkuasaan melaksanakan tiga peranan ini: menjauhi diri, menasihat dan melapor, InsyaAllah, integriti akan menjadi teras budaya kerja kita SEMUA. Adalah menjadi idaman agar tahap integriti agensi penguatkuasaan mencapai satu kedudukan yang tinggi, di mana integriti sudah menjadi teras budaya kerja kita DAN keperluan untuk EAIC DAN LAIN-LAIN AGENSI SERUPA mungkin sudah tiada. Saya pernah menyatakan perkara ini di dalam ucapan saya di Konvensyen Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan pada tahun 2013.
10. Hari ini, sebagai Pengerusi EAIC, saya menasihatkan diri saya dan SEMUA wargakerja EAIC peri pentingnya KITA mengamalkan budaya kerja yang terbaik yang boleh ditanda aras oleh pemberi Perkhidmatan yang baik sebagai cerminan Perkhidmatan Awam yang diidamkan. Maka kita hendaklah melunaskan amanah dan tanggungjawab kita dengan penuh integriti, mengikut peraturan yang wajar dan memberikan perkhidmatan sebagaimana kita mahu dilayani.
11. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, izinkan saya membacakan petikan dari Puisi bertajuk Pakaian Pemimpin oleh Tenas Affendi, yang mungkin dapat kita hayati untuk dijadikan iktibar. Puisi ini pernah saya bacakan pada Majlis Makan Malam Penghargaan sebelum saya bersara sebagai Ketua Setiausaha Negara pada Jumaat 22 Jun 2012, tetapi ingin saya ulanginya semula pada hari ini:
Menjalankan tugas tahan beragas
menjalankan amanah tahan dilapah
menjalankan yang hak tahan diinjak
menunaikan janji tahan dikeji
membela rakyat tahan dikerat
membela bangsa tahan binasa
membela negeri tahan mati
menolong tak harap sanjung
berbudi tak harap puji
berkorban tak harap imbalan
bekerja tak harap upah
memberi tak harap ganti
mengajar tak harap ganjar.
12. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC kerana menjalankan amanah yang diberikan dan berjaya mengendalikan majlis perasmian dan Mensyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC Kali Ke - 4 pada pagi ini dengan kemas dan teratur, selaras dengan keperluan perlembagaannya. Semoga Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC baru yang akan dilantik selepas ini akan terus bersatu serta bergerak maju menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh berintegriti dan berakauntabiliti.
13. Maka, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan ini merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi EAIC kali ke - 4.
Warga keluarga Jabatan Audit Negara yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul di majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini. Saya juga sangat berterima kasih kepada YBhg. Datuk Nik kerana sudi menjemput saya untuk ikut sama di dalam majlis ini, lebih-lebih lagi mengenai satu topik yang sangat dekat dengan hati saya. Terutama sekali mengenai subjek Integriti. Walaupun saya telah bersara dari Perkhidmatan Awam lebih 8 tahun yang lalu, iaitu apabila saya menjangkau usia 61 tahun, Perkhidmatan Awam masih sebati di hati saya.
2. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-63 kepada kita semua. Semoga kita terus merdeka, bebas dan berdaulat. Walaupun banyak yang telah dikecapi oleh negara kita dalam jangka masa yang secara relatif agak singkat, kita harus mengambil semangat kemerdekaan ini untuk terus maju, menjadi yang terbaik mungkin, supaya tanah air yang kita cintai ini akan kekal merdeka, bebas dan berdaulat selama-lamanya, insya Allah. Begitu juga, setiap individu di dalam Jabatan Audit Negara, hatta di seluruh perkhidmatan awam negara kita, harus menanam semangat yang tinggi, seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini – Prihatin Rakyat. Di mana kita sebagai penjawat awam sentiasa memberikan yang terbaik untuk Rakyat dan Negara.
Datuk Nik, Ladies and Gentleman,
3. It is an honour and a pleasure to be with all of you today. I have always been very proud to be part of the public sector, and to share with you today, the lessons I have learned in my 40 odd years of endeavouring to serve our Country, if counting being with PETRONAS as also serving our country. Things I learned along the way. Things I practised in the past and practising until today. These worked for me and I believe for many others, and possibly could work for you too. So, thank you so much for inviting me today. Especially Datuk Nik. Thank you for providing me this platform to speak on a topic that I am deeply passionate about. Integrity. More importantly to discuss and exchange views with you, senior officials of Jabatan Audit Negara, the bastion of accounting integrity of the Federal and States governments, government agencies and public authorities. Upon your shoulder, rest our country’s integrity. It is indeed a very heavy responsibility.
4. So although our session is for 3 hours, I will only speak for about 30 minutes to establish certain key points. I look forward to the remaining time to exchange views with you on the topic i.e “excellent leadership” and “maintaining integrity”.
5. I read many books on leadership not only for the MBA, readings associated with Harvard’s AMP (Advanced Management Program) but more for pleasure! Hahahaha! And, until today I am not able to differentiate between management and leadership. Let alone “excellent leadership”. Suffice to say, for me leadership is about motivating a group of people to act towards achieving a common goal. For me, an excellent leader must :
lead by example.
should not have 2 standards, but if he has 2 standards, the
standard for him as the leader must be higher.
let me also add that for A LEADER IN THE CIVIL SERVICE, I come from the school that believe that A GOOD LEADER OF THE CIVIL SERVICE is unseen, unheard BUT FELT.
I very much like a quotation from Lao Tse on leadership :
To lead people, walk beside them
As for the best leaders, people do not notice their existence
The next best, the people honour and praise
The next, people fear
And the next, people hate
When the best leader’s work is done, the people say
‘We did it ourselves’
– Lao Tse
Ladies and Gentleman,
6. As some of you might know, I came from an obscure kampung called Cherok Paloh, which is somewhere between Kuantan and Pekan in this state of Pahang. About 30 km from where we are now. Has anyone here heard of Cherok Paloh? I don’t blame you if you have not. It is “Cherok” – obscure. From a kampung many had not heard of, here I am, speaking as the Chairman of Enforcement Agency Integrity Commisson, a former Chairman of PETRONAS, the only Malaysian company in the Global Fortune 500. And, I am most proud to say (with humility) as a former KSN.
7. This is not about boasting. There are some important lessons in it. Firstly, it doesn’t matter where we come from, what matters is what we do with our lives. Secondly, although it doesn’t matter where we come from, we should never forget our roots. Not once did I forget about Cherok Paloh. In fact, I am where I am today because of Cherok Paloh. In fact, I am where I am today in spite of Cherok Paloh. Correction, not “in spite”. Because of Cherok Paloh. For me, Cherok Paloh was my raison détre for joining the Civil Service.
8. Back to ‘not forgetting our roots’. Our presence in this room today is the collective result of a series of people, events, decisions and opportunities that lined up in our path that brought us here. There would have been many junctions along the way, and a combination of different turns could have resulted in infinite alternate paths. But here we are today. Because of the people who guided and nurtured us, the opportunities that were given and the challenges we chose to face.
9. Let’s now go back again to Cherok Paloh. Maybe no one here has heard of Cherok Paloh, but most Senior Civil servants when Iwas KSN – the KSUs and the DGs – heard it ad nauseam by the time I left the Service on 24 June 2012. Cherok Paloh was a very small kampung where for many, their livelihood depended on the rubber smallholding. Once a year, when my relatives had to pay the ‘cukai tanah’, they had to travel to Pekan where the land office was. And since it’s so far, metaphorically, and in those days, physically, they practically had to take a day off. That meant no income for that day. But to get to Pekan, they had to cycle for some distance, cross the river twice on a boat and ferry, and cycle again. Sometimes, they might reach the office 10-15 minutes late. Only to be told by the Peon at the Land Office to come back the next day. Can you imagine that? A whole day of travel, arrived 15 minutes late and you have to come back another day! That peon at the Land Office gave me the rationale for my career. I wanted to make lives better for the likes of my “relatives” in Cherok Paloh and the whole country. I wanted to be the peon who will say, “It’s okay. You have travelled the whole day. I can work an extra 10 minutes to get this processed”. That’s it.
10. Alhamdulillah, I got to be in a position of influence particularly in the last 6 years of my service. That position and that amanah gave me the opportunity to lead Malaysia’s public officials to give their best in whatever positions they were holding.
11. I am sure everyone here has your own ‘Cherok Paloh’. Cherok Paloh as a concept. Something that drives us to improve – ourselves, our family, our society, our country. I urge you to hold on to your Cherok Paloh. It gives meaning to what we do and motivates us to overcome challenges. If every one of us have that seed inside, to be the better peon, the better taxi driver, the better auditor – the better version of whatever we encounter – imagine how much better our Malaysia would be!
12. But it is very common to hear people say, “Yes I want to improve but they are not improving. They are the stumbling block. They don’t see what I see.” But who are they? Focus on your Circle of Influence
13. ‘They’ could be the parents, the company, the government or many other things. Of course there are many things which are not within our control. But there are many more which are within our control. Many of us will be familiar with the concept of ‘Circle of Influence’ and ‘Circle of Concern’ made popular by Stephen Covey. In his book ‘The 7 Habits of Highly Effective People’, Stephen Covey lists ‘being proactive’ as the first habit. Instead of reacting to or worrying about conditions over which one has little or no control, Stephen Covey says proactive people focus their time and energy on things they can control. They focus their efforts on their ‘Circle of Influence’. They work on the things they can do something about: health, children, and problems at work. Reactive people, on the other hand, focus their efforts on the Circle of Concern – things over which they have little or no control: the national debt, terrorism, the weather, the price of oil. He posits that having an awareness of the areas in which one can influence decisions is the first step to becoming effective.
Think Beyond Our Remit
14. But the ‘circle of influence’ does not have to dictate our ‘sphere of thinking’. While being realistic in drawing my circle of influence, I have always been very adventurous with my sphere of thinking. A key principle here is to think beyond now, into the 27th century, thinking beyond ourselves, beyond our current portfolio. What would my senior colleagues do in this scenario? What would my Sec Gen do? My Auditor General? The Prime Minister?
15. My abiding advice for myself and to every one is to think beyond our current remit. My advice to Adi, my EA at PETRONAS was to think and behave like the PETRONAS CEO, like Tan Sri Wan Zul, and InsyaAllah he will be CEO one day.
16. When I was the Malaysian Trade Commissioner in Sydney, Australia between 1985 and 1992, one of my responsibilities was to submit periodic briefs and reports to the Ministry of International Trade and Industry (MITI) in KL. If I were to have done just that, I would have been doing what was expected of me perfectly fine. But I thought I must do beyond that. There was the Malaysian High Commissioner, the Deputy Chief of Mission and other Malaysian officers with whom I shared the office in Sydney. Somehow it didn’t sound right that my seniors in MITI would know more about Malaysia’s trade with Australia than the Malaysian High Commissioner to Australia. Forget about the territory and the turf between Ministries. Wouldn’t the Prime Minister want our overseas missions to have seamless sharing and integration of information so that we can work effectively and respond immediately to queries? If I were to have been travelling and the PM’s office needed trade information from Sydney, so many others could have provided that information.
Collaborate and Share
17. I just spoke about sharing and disseminating information. But doesn’t ‘Information equal Power’? Actually it doesn’t. If anyone had to call me during my vacation to get some information, because I was the only one who has it, that is not ‘power’. That is ‘foolishness’. Information, in itself, is of no value. The power is in an outcome that is derived by using the information. If information is kept hidden in our drawers and hard drives or only in our head, it is useless. Today, knowledge expands at the speed of light. Yesterday’s information is not only history, but in many cases, obsolete. So the information we keep may just be a repository of obsolete junk. But when shared, information takes a trajectory of its own. At best, someone can act on it to give us a competitive edge. At worst, misleading or false information can be debunked and thrown away.
18. The problem is ‘personal glory’. Information hoarding happens because some worry about who will claim credit for the outcome. Do we perform our responsibility for personal glory? Or we do it because we are entrusted with the common good of the organisation? Of our country?
Ladies and Gentlemen,
19. I would now like to touch upon a number of factors which were very important in guiding me along in my life – at both personal and professional level.
See the Bigger Picture
20. First is, as I alluded to earlier, to see myself as a member of the organisation. Not the unit, section, department or the division. But the whole organisation. That naturally meant I must think like the Minister or the CEO or the Auditor General. What would the Auditor General say or do? What outcome will be in the best interest of the organisation, even if it’s not the best outcome for my unit? When I was the KSU of MITI between 2004 and 2006, there was a building in London that was in the asset books of MITI but used as Tourism Malaysia’s Office. There must have been historical reason why it was under MITI, but I couldn’t find a logical reason why it should stay that way. If it was used for Tourism purposes, let the Ministry of Tourism manage and maintain it. It sounded quite straight forward. But there were others who objected. There was a matter of prestige attached to ‘owning’ the building. But it also came with a lot of convoluted accounting treatment to pass the cost to the Ministry of Tourism. I referred to it earlier as being in MITI’s asset books, not as something that was owned by MITI. Because it wasn’t. It was owned by the Government of Malaysia. I couldn’t have seen that way if I didn’t climb the walls of MITI to see beyond. So MITI passed the asset to the Ministry of Tourism. The Blue Ocean projects undertaken by Malaysia which I was one of the pioneers were premised on that principle.
Get a Mentor
21. Second is getting a mentor. I am so glad that Ketua Audit Negara has this program. As much as possible, get a mentor from a functional area that is different from yours, so the mentor can also add breadth to your learning. I have had many great mentors, too many to mention. All along, they showed me how much more I could become. There were times they took the role of a friend, sounding board, critic or a motivator. They didn’t make the decisions for me. The decisions were mine. But I was wiser for their counsel and wisdom. Thomas Edison was quoted to have said, “Genius is 1% inspiration, and 99% perspiration.” What mentoring does is give us the benefit of the mentor’s genius without having to sweat. They have done the sweating, made the mistakes and learned the hard way. So that we don’t make the same mistakes. Sure, mistakes are great for learning. But let’s make new mistakes and not repeat the old ones!
22. In PEMUDAH I had Lily Rozita, a relatively young legal counsel from Shell as my Mentor. She would advise me on things that appeared so basic, so “101” but were blindsided from me.
End in Mind – Develop a Career Plan
23. Third is to have the end-in-mind. This is a lot easier if we start our career thinking beyond our immediate unit and see past the ‘mental border’ of sections and divisions. If our career objective is to become the Auditor General of Malaysia, from day one, we should have the line of sight of our actions on the broader organisation. If we can't seee it, get others to help us see the bigger picture. After getting a feel for the organisation by speaking to colleagues from across functions and with guidance from a mentor, we should be able to come up with a career plan in the first six months. Think big. In 15 years, where do I want to be? What will it take for me to get there? Which different functions should I be exposed to in order to get there? Career plans are not cast in stone. They will change – they should change – as we mature in the organisation. Tweak it continuously, keep it dynamic. But that doesn’t mean the original plan was useless. To quote the Chinese philosopher Lao Tzu, “A journey of a thousand miles begins with a single step.” Many a successful careers started with that single page plan. I am sure you will not regret crafting your own plan sooner rather than later. When you finally become the Deputy Auditor General or Auditor General in 15 – 20 years, you need not be nervous. You can settle quickly into the position as you would have had 15 years of preparation.
Service Orientation
24. Fourth is service orientation. I spent over 38 years in the Civil Service. Though many naughty cycnics would suggest that it is neither civil nor service when people speak about “Cherok Paloh all over again”! What does it mean to be in a services sector? I believe there are three key aspects to service orientation. They are:
Engagement
Client-focus
Sense of urgency
25. Engagement is about listening. A service is not a service because the provider says so. It becomes a service only when the customer feels ‘being served’. Otherwise it is only a process involving two parties. Therefore, service requires us to listen to our customers about their needs and expectation. And do something about it!
26. Client-focus means not being driven by processes or KPIs, or anything else besides the client. Organisations exist to create value by serving customers. Everything else – the policies and guidelines, processes and KPIs should be subservient. If they don’t complement the main goal of serving the customer, then we should change that. Never take the focus away from the customer. If we do, our customers will take the business away from us. If you don’t believe me, thinking that we are in a monopolistic position, please think about the story of Jabatan Telekom, Telekom Malaysia, Celcom and Maxis.
27. Sense of urgency is about being responsive. It is not however about rushing decisions. But I could never understand why someone would delay making decisions just to make oneself appear important. It doesn’t show importance, it shows incompetence! Every phone call, email, letter and query should be treated as urgent. The fact it is brought to our attention means someone is awaiting our response to move on with their job. Open it up, give due consideration and respond. Fast. If it can be done today, do it today. If it is a request for approval, and if we are not going to approve it, the least we could do is to have the courtesy to let them know that quickly. And tell them why it is not approved. They can move on with alternative options. As Collin Powell said, “bad news is not wine, it doesn’t improve with age”. And if the request will be approved, why not deliver the good news fast? Any delay in responding means we are delaying someone else’s input and output. We are delaying them in reaching their goal. We are delaying our organisation in meeting its goal.
Integrity
28. And finally, my favourite topic – integrity. It is about being honest and truthful. And, having consistency between principles, expectations, words and deeds. In public and in private. Especially in private. When no one is watching.
29. Integrity is not just about avoiding corruption. That is but one small aspect. There is much more to integrity. We must be honest with how we spend our time at work. Objective in making our decisions. Fair and firm in managing our teams. Integrity must be the core of our being. It must be the foundational value of our personality, from where our thoughts, words and actions originate.
30. I urge you to embrace integrity proactively. Avoiding corruption and declining gifts are passive forms of integrity. But for us to move forward as an organisation ‘defined by integrity’, we need to do more. We need proactive integrity. Declining bribes is good, but what do we do when we see the same bribe being offered to our colleagues? Do we turn a blind eye and look the other way? We must not. We must advise our colleagues not to accept it, and report it when the advice is not heeded. From my experience, one sure way of failing a target is by not having a mechanism of reward and punishment. Of course, the reward for acting with integrity is built into our system. Because that is our duty. Development opportunities, promotions, a pat on the back – whatever that is appropriate. Because we must send the signal that integrity is acknowledged and celebrated. Appreciated.
31. Equally important, we must mete out punishment for breach of integrity. In public. Make it very clear that we do not tolerate it. Remove the cancer before it spreads. The tone from the top. The tone even from the very bottom.
32. By putting self above the organisation, are we displaying integrity? What is integrity? One definition of integrity is giving one’s best thoughts and effort towards the role one is entrusted with. Beyond the minimum required. Beyond the remit of what is good for just that position. Regardless of whether it is seen by others or not. I am going to repeat the mantra, more so when no one is watching!
33. Integrity is about removing all the limiting walls and blocks in our mind, to see what is best for the bigger picture – the Department, the Nation. But wait a minute, isn’t that the role of the Auditor General to think about the Department?
34. Actually, it is not. If we wait until we become the Auditor General, before we think and behave like Datuk Nik Azman, we may never become the Auditor General. Our superiors will observe us and conclude we do not have the capacity and capability to be one because we have not demonstrated it.
Ladies and Gentlemen,
35. Having served in the public sector for some 4 decades, I would argue, that the role of Government and specifically National Audit Department must not be devalued to ONLY finding and reporting of other fellow public sectors’ faults and mistakes. It has to take into consideration the distributive justice which Aristotle spoke about in his work. The public sector’s role cannot be only to nudge, fix or incentivise good behaviour and, penalise and castigate the bad. It cannot be focused on just maximising GDP and balancing budgets.It must involve consumer experience and it has to lead in distributingsocial justice especially in fundamental areas like healthcare, education, housing and social cohesion. And, safety net by whatever name!
36. Let me end by referring to a reportedly old Arab saying which in essence means, “Justice lies in the heart of the judge”. There can be laws and there can be judges. However, ultimately justice can only be served where there is sound ethics in the hearts of those serving the judgement.The public service presides over the providence of the people of a country and so the service offered must realistically reflect the complexities of humanity.
Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
ALAMAT
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Aras 5, Blok Menara Menara Usahawan No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2 62652 Putrajaya, Malaysia
HUBUNGI KAMI
TALIAN AM+603-8880 5650
FAKS+603-8880 5646
E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.