PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota dan pegawai yang terlibat dalam isu integriti  termasuk dakwaan skandal visa perubatan kepada warga asing. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat mana-mana anggota atau pegawai didapati terlibat dalam kes tersebut. 

“Bagaimanapun, perkara ini masih dalam siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan kita perlu menunggu ia (siasatan) selesai untuk tindakan dalaman. 

“Imigresen akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pegawai yang didapati bersalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan seorang penolong pengarah antara 10 pegawai Imigresen dipercayai dipanggil EAIC berhubung siasatan skandal visa perubatan untuk membawa masuk warga asing. 

Sebuah portal berita dilaporkan berkata, memetik sumber, semua pegawai terbabit termasuk penolong pengarah kanan yang dikatakan bertugas di sebuah bahagian Imigresen dipanggil sepanjang minggu ini untuk diambil keterangan.

Sebelum ini, EAIC dilapor menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat isu salah laku berhubung sindiket visa perubatan yang dikeluarkan kepada warga asing dari beberapa negara, selaras subseksyen 17(1) Akta EAIC 2009 (Akta 700). –

 

Sumber : Utusan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.