EAIC berkata siasatan dapati beberapa pegawai terlibat mempunyai arahan tugasan tetapi berhibur di pusat hiburan.

jim.png

PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesyorkan hukuman tatatertib terhadap 27 pegawai imigresen yang ditahan dalam serbuan narkotik di sebuah kelab malam pada April tahun lalu.

Menurut suruhanjaya itu, hasil siasatan mendapati pegawai terbabit melanggar larangan berada di kawasan seperti pusat hiburan yang boleh menimbulkan syak dan persepsi negatif terhadap organisasi.

“Selain itu, siasatan juga mendapati beberapa orang pegawai yang terlibat dalam kejadian tersebut mempunyai arahan tugasan tetapi (sebaliknya) didapati berhibur di pusat hiburan tersebut.

“Juga berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan siasatan tatatertib oleh pihak Jabatan Imigresen berhubung dengan kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan.

EAIC akan merujuk kes itu kepada pihak berkuasa tatatertib Jabatan Imigresen supaya tindakan diambil mengikut Peraturan 38 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atas kesalahan ingkar perintah.

Pegawai yang terlibat juga akan dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengesyorkan hukuman tatatertib susulan kesalahan cuai dan tidak amanah dalam melaksanakan tugas, tambahnya.

Dalam pada itu, EAIC mengesyorkan Jabatan Imigresen mengeluarkan arahan pertukaran terhadap pegawai terbabit, yang telah berkhidmat di tempat sama lebih lima tahun.

Selain itu, suruhanjaya mencadangkan agar Jabatan Imigresen menyelaras dan memantau jadual penugasan serta rekod kehadiran pegawai.

SUMBER : FMT

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.