jas_johor.png

SEGAMAT: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan beberapa kelemahan dalam pelaksanaan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terhadap sebuah premis kitar semula di kawasan perindustrian Segamat.

Siasatan dijalankan selepas EAIC menerima aduan berhubung dakwaan kegagalan JAS Johor mengambil tindakan terhadap premis berkenaan yang dikatakan beroperasi tanpa lesen sah.

Siasatan dilaksanakan mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 \[Akta 700].

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati semua premis yang diadukan memiliki lesen sah untuk beroperasi.

Namun begitu, EAIC mengenal pasti terdapat kelemahan dalam aspek pelaksanaan penguatkuasaan, meskipun undang-undang dan prosedur sedia ada telah ditetapkan.

Antara kelemahan yang dikenal pasti termasuk keberkesanan hukuman yang masih belum mampu mencegah kesalahan berulang, pelaksanaan garis panduan penguatkuasaan yang tidak seragam di peringkat negeri dan daerah serta kelewatan dalam pelaksanaan garis panduan kompaun yang telah dipinda.

Sehubungan itu, EAIC mencadangkan JAS meningkatkan kadar hukuman terhadap kesalahan berulang, memperjelas serta menyeragamkan pelaksanaan garis panduan penguatkuasaan di semua peringkat dan melaksanakan segera garis panduan kompaun yang telah dipinda.

EAIC turut menekankan keperluan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas oleh JAS terhadap premis yang melanggar undang-undang alam sekitar.

Penekanan khusus juga perlu diberikan terhadap kesalahan berulang supaya tidak berlaku kelonggaran dalam penguatkuasaan.

 

SUMBER : Buletin TV3

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.