hrmis.png

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah mengenal pasti kegagalan beberapa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengemas kini dan mengisytiharkan pelupusan harta melibatkan beberapa nombor pendaftaran kenderaan.

EAIC dalam satu kenyataan berkata, siasatan dilakukan susulan aduan yang diterima berhubung perkara tersebut.

“Siasatan ini dijalankan berdasarkan aduan yang diterima mengikut Subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“Hasil siasatan mendapati bahawa terdapat beberapa kenderaan atas nama pegawai JPJ Kuala Lumpur yang masih belum diisytiharkan lupus melalui sistem HRMIS, walaupun kenderaan tersebut sudah tidak berada dalam pemilikannya sejak sekian lama,” katanya pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, kegagalan tersebut merupakan pelanggaran terhadap Subperaturan 10(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JPJ, dengan cadangan agar surat teguran diberikan kepada pegawai-pegawai JPJ yang terlibat.

SUMBER : Sinar Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.