
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesyorkan hukuman terhadap pegawai Imigresen Selangor yang dikatakan gagal mengambil tindakan terhadap aduan mengenai warga asing.
EAIC dalam kenyataan, hari ini memaklumkan pihaknya menerima aduan terhadap pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor itu berkaitan seorang warga asing yang tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah di negara ini.
"Siasatan dilakukan mendapati terdapat ketidakpatuhan pada prosedur operasi standard (SOP) pengurusan aduan oleh JIM Selangor semasa mengendalikan aduan pengadu sehingga menyebabkan ia tidak dikendalikan sewajarnya.
"Justeru EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai yang terbabit kepada pihak berkuasa tatatertib (PBT) JIM," katanya.
SUMBER : Berita Harian