jimps.png

Putrajaya: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) susulan siasatan berkaitan aktiviti pasport terbang di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

EAIC dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan aktiviti 'pasport terbang' di Terminal 1, KLIA pada 2 Jun 2025.

Katanya, siasatan dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

"Hasil siasatan mendapati, pegawai yang terbabit memasukkan (key in) butiran maklumat seorang penumpang masuk ke dalam Malaysia serta maklumat pasport penumpang tersebut di dalam sistem MyIMMs tanpa kehadiran penumpang berkenaan di kaunter semasa urusan dijalankan.

"Tindakan pegawai tersebut tidak mematuhi garis panduan dalam Sistem Pengurusan Kualiti JIM, Prosedur/ Garis Panduan JIM PK(0)IM.H.03-02 yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Imigresen dan suatu salah laku di bawah perenggan 24(1)(f) Akta 700," kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut kenyataan EAIC, pihaknya memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JIM dengan syor supaya tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang terbabit atas kesalahan tatatertib.

"Tindakan terbabit diambil di bawah perenggan 4(2)(f) kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah dan perenggan 4(2)(g) iaitu tidak bertanggungjawab sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]," katanya.

 

SUMBER: myMetro

 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.