nel.png

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memutuskan bahawa syor-syor dapatan siasatan yang masih gagal diambil tindakan oleh agensi penguatkuasaan di bawah seliaannya akan diumumkan secara terbuka.

Ia sebagai langkah untuk memperkukuh tadbir urus serta memastikan akauntabiliti.

“Tindakan ini adalah susulan daripada peringatan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi tempoh satu minggu kepada ketua-ketua agensi untuk memastikan tanggungjawab dilaksanakan.

“Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr. Ismail Bakar berkata, tindakan ini
bertujuan untuk menegakkan keadilan terbaik bagi semua pihak dan memastikan keberkesanan institusi tidak dikompromi, selaras dengan mandat EAIC terhadap rakyat,” menurut kenyataan EAIC.

EAIC turut menegaskan pengurusan tatakelakuan pegawai awam perlu dilaksanakan secara berdisiplin dan mengikut tatacara yang ditetapkan.

“Setiap laporan yang dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib hendaklah diproses mengikut prosedur pengurusan tatatertib dan adalah menjadi kewajipan ketua jabatan untuk menjalankan kawalan serta pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya selaras dengan Peraturan 3C P.U (A) 395/1993,” tambahnya.

EAIC berharap semua agensi yang terlibat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengambil tindakan sewajarnya dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh ditetapkan.

 

SUMBER : Buletin TV3

 
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.