bh.png

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan mengumumkan secara terbuka agensi penguatkuasaan bawah seliannya yang masih gagal mengambil tindakan terhadap syor-syor dapatan siasatan dikemukakannya. 

Langkah ini diambil bagi memperkukuh tadbir urus serta memastikan akauntabiliti dalam kalangan agensi terlibat.

Pengerusi EAIC Ismail Bakar berkata, tindakan tersebut bertujuan menegakkan keadilan dan memastikan keberkesanan institusi tidak dikompromi, selaras dengan mandat suruhanjaya itu kepada rakyat.

ism.png

EAIC turut menegaskan pengurusan tatakelakuan pegawai awam perlu dilaksanakan secara berdisiplin dan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Ismail menambah bahawa setiap laporan yang dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib hendaklah diproses mengikut prosedur yang betul. 

Dia turut mengingatkan bahawa ketua jabatan mempunyai kewajipan untuk menjalankan kawalan serta pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahan bawah Peraturan 3C PU (A) 395/1993.

Keputusan itu dibuat susulan peringatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini yang memberikan tempoh satu minggu kepada ketua-ketua agensi untuk memastikan tanggungjawab dilaksanakan.

EAIC berharap semua agensi yang terlibat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengambil tindakan sewajarnya dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh ditetapkan.

 

SUMBER : Malaysiakini

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.