sidek

TAN SRI DR. ISMAIL HJ. BAKAR dilahirkan pada 19 Januari 1960 di Johor. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Malaya (1983), Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) (1986), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (M.B.A) (1995) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Hull, United Kingdom (2004).

Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam menerusi pelantikan beliau sebagai Pengarah Kementerian Kewangan (Perbendaharaan) dan kemudian sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia (2014). Setelah itu, beliau menggalas tugas sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2015) sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan (2018).

Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar menyandang jawatan tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam sebagai Ketua Setiausaha Negara yang juga bertindak sebagai Setiausaha kepada Jemaah Menteri pada tahun 2018 sehingga 2019.

Sepanjang perkhidmatan, Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.), Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) dan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P).

Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar telah diperkenankan pelantikan sebagai Pengerusi EAIC oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 bagi tempoh tiga tahun.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.