sidek

DATUK DR. MOHD GAZALI ABAS dilahirkan pada 1 Julai 1960 di Kelantan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Malaya (1983), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), Universiti Nottingham, United Kingdom (1991) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) (Maklumat dan Telekomunikasi Global), Universiti Waseda, Jepun (2005).

Datuk Dr. Mohd Gazali Abas berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam menerusi pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) di Kementerian Sumber Manusia (2015). Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Sumber Manusia (2017), Kementerian Pendidikan Tinggi (2018) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2019).

Sepanjang perkhidmatan, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas telah dianugerahkan darjah kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K.) dan Bentara Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi IV) (B.S.K.).

Datuk Dr. Mohd Gazali Abas telah diperkenan pelantikan sebagai Pesuruhjaya EAIC oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 untuk tempoh tiga tahun.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.