TEKS UCAPAN
YBRS. TUAN MOHD ASNAWI ABU HANIPAH
PENGARAH BAHAGIAN OPERASI
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

PROGRAM ENCOURAGING RESPONSIBILITY, ACCOUNTABILITY, TRUSTWORTHINESS (E.R.A.T) EAIC ALAM SEKITAR
&
HARI KELUARGA EAIC 2023

9 DISEMBER 2023 (SABTU)
PD FOREST, SUNGAI MENYALA, NEGERI SEMBILAN

 

[SALUTASI]● TERIMA KASIH SAUDARI PENGACARA MAJLIS.
● YANG BERUSAHA ENCIK HAMZAH MOHAMAD, PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN,
● YANG BERUSAHA, ENCIK HAMIDI ABDUL HALIM, PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN,
● YANG DIHORMATI ENCIK ZULFADLI ABU BAKAR, KETUA BIRO SUKAN DAN REKREASI EAIC,
● BARISAN PENGARAH BAHAGIAN DAN TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN EAIC;
● PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN ALAM SEKITAR DAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN, SERTA
● YANG SAYA KASIHI, WARGA KERJA EAIC DAN AHLI-AHLI KELUARGA SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM PERPADUAN.

1. Pertamanya Alhamdulillahirobbilalamin, dengan limpah dan rahmat Allah SWT, kita dapat berkumpul di PD Forest pada pagi ini untuk sama-sama menjayakan Program ERAT EAIC Alam Sekitar serta sambutan Hari Keluarga EAIC 2023.

2. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada warga kerja EAIC bersama ahli keluarga serta kakitangan daripada JAS dan PERHUTANAN yang telah menyempurnakan sesi tanaman anak-anak pokok sebentar tadi. Pastinya pengalaman ini akan memberikan kenangan manis serta menyuntik jalinan perpaduan yang lebih erat antara kita semua.

3. Saya bersama-sama warga kerja EAIC amat teruja atas kesempatan dan peluang pada hari ini untuk merasai keindahan alam semula jadi di PD Forest dan alhamdulillah, acara penanaman pokok yang berlangsung di Denai Warisan Hutan sebentar tadi telah berjalan lancar sekali dengan cuaca yang begitu baik.

4. Untuk makluman pihak JAS dan PERHUTANAN, ini adalah pertama kali EAIC mengadakan aktiviti penanaman pokok sebagai program tanggungjawab khidmat sosial – CSR. Sebelum ini EAIC pernah mengadakan program membersihkan alam sekitar iaitu pantai di Sabah pada tahun 2013 dan Langkawi pada tahun 2016.

5. Oleh itu setelah sekian lama, sememangnya it’s a high time kepada kami di EAIC, untuk menunaikan tanggungjawab sosial ini kepada masyarakat selain daripada kesibukan kami menjalankan fungsi hakiki masing-masing di pejabat.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

6. CSR is a thoughtful and practical way to give back to society. When businesses are walking extra miles to do good to the people, do good to the environment and society. Oleh itu saya berharap sumbangan kecil EAIC di PD Forest pada hari ini sedikit sebanyak akan memberikan impak dan inspirasi yang terbaik kepada semua pihak, dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

7. Dengan 150 anak-anak pokok yang telah kita tanam dan semai pada hari ini juga secara tidak langsung telah menjayakan Agenda Nasional Negara iaitu Kempen Penanaman 100 Juta Pokok menjelang tahun 2025.

8. Sehubungan itu bagi pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan aktiviti ini terutama pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

9. Semoga program ini akan memupuk semangat cintakan alam semula jadi kepada segenap lapisan masyarakat dan menjayakan komitmen Kerajaan untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak sekalian,

10. Pada hari ini EAIC turut meraikan sambutan Hari Keluarga tahun 2023. Sambutan ini diadakan dengan mengambil kira tuntutan work, life balance, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat perpaduan antara warga kerja EAIC.

11. Saya berharap dengan aktiviti sukaneka bersama ahli keluarga yang akan berlangsung sebentar lagi dapatlah sedikit sebanyak meringankan tekanan dan bebanan tugas di pejabat serta menambahbaik semangat bekerja agar lebih produktif sekembalinya kita ke pejabat pada hari Isnin nanti.

12. Akhir kata, semoga jalinan kerjasama warga kerja EAIC dan ahli keluarga serta rakan-rakan perkhidmatan awam daripada Jabatan Alam Sekitar dan Perhutanan pada hari ini akan terus berkekalan di masa hadapan.

13. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Program ERAT EAIC Alam Sekitar dan juga Hari Keluarga EAIC 2023.

Wabilla hitaufik walhidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.