Di bawah subseksyen 1(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], Akta ini adalah terpakai bagi aduan yang dibuat atau dirujukkan kepada Suruhanjaya berkenaan SALAH LAKU YANG BERLAKU PADA ATAU SELEPAS PERMULAAN KUAT KUASA AKTA INI IAITU PADA 1 APRIL 2011.

Di bawah subseksyen 1(4) Akta 700, Akta ini hendaklah terpakai kepada 21 agensi penguatkuasaan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Akta 700.

Bidang kuasa Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsi-fungsinya adalah sebagaimana termaktub dalam Akta 700 antara lainnya seperti yang berikut:

Bil Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]
(a) menerima dan menyiasat apa-apa aduan salah laku yang diterima daripada orang ramai [seksyen 22 Akta 700];
(b) merujukkan apa-apa aduan bersifat tatatertib kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau merujukkan apa-apa aduan bersifat jenayah kepada Pendakwa Raya [seksyen 22 Akta 700];
(c) menjalankan penyiasatan awal bagi menentukan klasifikasi aduan salah laku yang diterima [seksyen 25 Akta 700];
(d) menjalankan penyiasatan penuh terhadap aduan salah laku yang bermerit bagi menentusahkan kewujudan salah laku tersebut [seksyen 31 dan 32 Akta 700];
(e) menubuhkan Pasukan Petugas bagi tujuan siasatan dan membantu Suruhanjaya melaksanakan fungsinya yang lain [seksyen 17 Akta 700];
(f) memulakan penyiasatan atas inisiatif sendiri bagi apa-apa salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan yang mempunyai kepentingan yang signifikan kepada orang ramai atau demi kepentingan awam [seksyen 28 Akta 700];
(g) mengadakan pendengaran awam secara terbuka atau tertutup kepada orang awam bagi isu-isu yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Suruhanjaya [seksyen 34 dan 35 Akta 700]; dan
(h) mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang enggan memberikan kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya [seksyen 31, 32 dan 33 Akta 700].
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hari Ini 221

Semalam 423

Minggu Ini 1893

Bulan Ini 6726

Keseluruhan 9462