logo eaic big

Reka bentuk logo ini adalah evolusi visual daripada logo asal iaitu tiga kuku harimau kepada mata harimau yang melambangkan simbol ketajaman penglihatan, pemantauan berterusan, dan kewaspadaan tinggi. Transformasi ini mencerminkan perkembangan peranan EAIC yang semakin proaktif dalam memperkukuh integriti dan akauntabiliti. Perubahan logo ini tetap mengekalkan elemen visual utama sejak penubuhan EAIC pada tahun 2011, sekaligus memastikan kesinambungan identiti korporat yang kukuh dan dikenali.

TIPOGRAFI
Moden dan tegas bagi menunjukkan imej profesional, berwibawa dan berautoriti.

MERAH KUNING HITAM
Keberanian dan ketegasan Integriti dan keadilan Ketelusan dan autoriti
SIMBOL HURAIAN
kuku harimau KUKU HARIMAU

Simbol lengkung tajam berwarna merah, kuning, dan hitam menyerupai kuku harimau. Ia melambangkan keberanian, kekuatan dan sifat perlindungan.

Mata harimau MATA HARIMAU

Simbol ketegasan, ketajaman pemerhatian dan ketelusan dalam memantau integriti agensi penguatkuasaan.

Simbol perisai PERISAI

Susunan kuku harimau dan mata harimau membentuk rupa sebuah perisai melambangkan peranan EAIC sebagai benteng perlindungan kepada agensi penguat kuasa dan masyarakat umum, dalam memastikan akauntabiliti dan integriti.

 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.