DATO’ SERI DR. RAZALI AB MALIK dilahirkan pada 6 Januari 1963 di Negeri Sembilan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1986), Diploma Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam (INTAN) (1997), Ijazah Sarjana Strategi dan Diplomasi UKM (2003) dan Ijazah Doktor Falsafah (Sains Politik) UKM (2014).
Dato’ Seri Dr. Razali Ab Malik berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam menerusi pelantikan sebagai Ketua Unit Korporat di INTAN (2005) sebelum menyertai Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sebagai Setiausaha Bahagian (2011 sehingga 2015). Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Kluster di INTAN (2015 sehingga 2018) sebelum dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (2018 sehingga 2023).
Sepanjang perkhidmatan, Dato’ Seri Dr. Razali Ab Malik telah dianugerahkan darjah kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (S.S.N.S.) dan Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S).
Dato’ Seri Dr. Razali Ab Malik telah diperkenankan pelantikan sebagai Pesuruhjaya EAIC oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 untuk tempoh tiga tahun.