BANGI - Pindaan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) membolehkan lebih banyak agensi penguat kuasa disenaraikan di bawah seliaan badan bebas itu.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Yaacob Md. Sam berkata, antara cadangan pindaan termasuk mengeluarkan Seksyen 1 (5) Akta 700 yang menyatakan SPRM tidak terpakai dan dikecualikan akta tersebut.

Beliau berkata, EAIC menerima banyak pertanyaan mengenai SPRM yang dikecualikan daripada seliaan EAIC.

Sambil memberi contoh, beliau berkata kematian orang tahanan atau orang disiasat semasa berada dalam siasatan SPRM seperti setiausaha politik Teo Beng Hock dan pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed memberi justifikasi agar ia dimasukkan di bawah kawal selia EAIC.

"Ketika ini, SPRM tidak termasuk dalam Akta 700. Oleh itu, kami cadangkan kepada kerajaan melalui pindaan ini, kerajaan akan menentukan sama ada SPRM diletakan di bawah seliaan EAIC atau tidak,"katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri dialog EAIC bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan media di sini, hari ini. - Bernama

Sumber : Kosmo!

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.