Tidak patut berlaku Nur Jazlan

Johor Bahru: Suruhanjaya Polis diarah menyiasat hasil siasatan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung kematian lelaki yang mempunyai kaitan dengan kekerasan fizikal ketika dalam tahanan polis, pada September tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia membabitkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan dan mengenal pasti mereka yang terbabit.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk menahan suspek.

"Malah, SOP itu bertujuan untuk mengelak perkara seperti ini berlaku," katanya.

Semalam, EAIC melaporkan hasil siasatan mendapati kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 26, yang disebabkan trauma hentakan tumpul di dada.

Bedah siasat Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) mendapati arwah mengalami 16 jenis kecederaan di muka, badan dan kaki yang konsisten.

Syed Mohd Azlan ditahan, 19 September lalu, kerana aduan berhubung perbuatan dia dan rakan yang bersenjatakan pistol dan pedang samurai dalam pergaduhan di Kampung Dato Abdul Ghani, Rengit.

Sumber : Harian Metro Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.