Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata, kewujudan pusat sehenti tersebut merupakan pendekatan Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara agensi kementerian itu bagi mempercepatkan urusan orang ramai khususnya dalam kalangan para peniaga.

Katanya, menerusi pendekatan berkenaan, orang ramai boleh me­lakukan urusan pembaharuan lesen di cawangan Bank Rakyat berhampiran tanpa pergi ke agensi-agensi di bawah kementerian.

“Antara pembaharuan lesen yang sering kali dilakukan oleh orang ra­mai antaranya melibatkan lesen per­niagaan, lesen timbang dan sukat ser­ta lesen syarikat jualan langsung,

“Walau bagaimanapun, usaha ini hanya melibatkan urusan pembaharuan lesen. Proses permohonan tetap perlu dibuat di agensi-agensi yang mengeluarkan lesen tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama peneraju industri, di sini hari ini.

Yang hadir sama, timbalannya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad.

Sementara itu, Hamzah memberitahu, pihaknya akan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) terhadap maklum balas daripada pelbagai pihak supaya pe­ngurusan kementerian termasuk beliau sendiri peka dan segera men­jawab isu serta pandangan yang dikemukakan.

Katanya, kementerian dan agensi kerajaan sering kali menerima tohmahan negatif kerana lambat memberi maklum balas berhubung sesuatu isu yang membabitkan kepentingan orang ramai.

“Saya tidak mahu selepas ini kementerian menerima persepsi negatif hanya kerana lambat menjawab pandangan yang diutarakan,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah memberi­tahu, beliau sentiasa terbuka menerima pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak khususnya peneraju industri terhadap segala permasalahan di kementeriannya.

Sumber : Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.