Presiden International Transparency Malaysia, Datuk Akhbar Satar menyampaikan ceramah bertajuk 'Integriti Dihati' sempena Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Penyampaian Sijil Tasawwur Islam Siri III Tahun 2016 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim hari ini. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Satu Jawatankuasa Komuniti Pemantau perlu diwujudkan bagi memantau penguatkuasaan berkaitan rasuah dan penyelewengan, kata Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar.

Beliau berkata anggota jawatankuasa itu perlu dipilih daripada kalangan mereka yang berintegriti dan keanggotaan jawatankuasa itu juga perlu disemak setiap tiga tahun.

"Meskipun sudah ada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan tugas tetapi kita juga perlu memantau dari segi integriti bagi memastikan tidak wujud unsur rasuah dan penyelewengan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Integriti Di Hati' sempena Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Penyampaian Sijil Tasawwur Islam Siri III Tahun 2016 di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Akhbar berkata jawatankuasa itu juga boleh bertindak sebagai pemantau terhadap pemberian kontrak kepada mana-mana syarikat agar ia tidak disalahguna, terutamanya melibatkan tender-tender kerajaan.

"Kita tidak mahu pihak yang diberikan kontrak memberikannya pula kepada pihak lain ataupun 'Alibabakan' kontrak milik mereka," katanya.-Bernama  

Sumber : Sinar Harian Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.