Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari pelepasan am.

Pejabat KSN dalam kenyataan hari ini berkata kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa seperti yang diviralkan.

"Adalah dimaklumkan kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan KSN, dan 13 Disember 2016 bukanlah merupakan hari kelepasan am," kata kenyataan itu.

Mesej itu turut menyatakan pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu kononnya dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

- Bernama

Dipetik : Malaysia kini

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.