Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau membuat perkara betul kerana meluluskan akta keselamatan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) Sosma dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Biar saya jelaskan, saya tidak akan meminta maaf kerana menjadikan keselamatan semua rakyat Malaysia keutamaan pertama saya," katanya dalam ucap tama beliau di Wacana Belia Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau memberi contoh Sosma, MKN serta Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara sebagai undang-undang yang diluluskan kerajaan untuk menghalang kumpulan pelampau Negara Islam (IS).

Beliau berkata beberapa negara lain tergesa-gesa meluluskan undang-undang baru apabila ancaman IS berkembang.

Katanya, tidak seperti Malaysia, negara ini telah memiliki undang-undang untuk menangani ancaman tersebut lebih awal dan pantas.

"Kami telah berbuat demikian (meluluskan undang-undang) agar percubaan mengebom, mencacatkan anggota dan memenggal kepala tidak mengatasi hak-hak majoriti yang tegas menolak keganasan dan peperangan," kata Najib.

Sosma kini mendapat perhatian lagi dengan penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah akta itu, yang membolehkan beliau ditahan sehingga 28 hari.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.