Didakwa dipukul dalam lokap bekas banduan lumpuhjpg

ZAITUN Khadim Husain, 58, mengurut belakang anaknya, Mohd Raffe, yang mendakwa dipukul anggota polis di dalam lokap.
 

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa dipukul anggota polis ketika ditahan di lokap sehingga mengalami lumpuh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata polis akan membuat siasatan terperinci terhadap kes itu termasuk mengambil tindakan terhadap anggota polis jika terbukti bersalah.

Sebelum itu, Mohd Raffe Yusoff, 32, mendakwa dipukul dalam lokap oleh seorang anggota polis pada hujung Ogos lalu menyebabkan dirinya kini tidak dapat berjalan malah sering sakit di bahagian belakang dan kaki.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Gong Jirat, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini, kelihatan cengkung dan terpaksa tidur mengiring sejak tiga bulan lalu kesan daripada kejadian itu.

Mengimbas kembali kejadian itu, Mohd Raffe yang baharu dibebaskan dari penjara Bukit Besi, Terengganu atas kesalahan memiliki dadah pada 18 Ogos lalu, ditahan sepasukan anggota polis berhampiran rumahnya ketika keluar ke kedai runcit.

"Saya dipukul tidak jauh dari rumah dan mereka (polis) bertanyakan mengenai barang (dadah) namun saya kata tiada dan selepas itu saya dibawa ke lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Dalam lokap saya dipukul dengan besi pemegang payung di tapak kaki, dipijak di bahagian dada, muka dan belakang badan sehingga bengkak dan lebam di beberapa bahagian badan," katanya yang terpaksa diusung untuk mandi dan membuang air.

Ibunya, Zaitun Khadim Husain, 58, berkata anaknya ditahan di lokap selama empat hari sebelum dibebaskan dan sering mengadu sakit bahagian belakang malah seminggu selepas itu keadaannya semakin teruk apabila tidak berdaya bangun dan berjalan.

Beliau membawa anak keempat dari tujuh beradik itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan selepas menjalani imbasan, doktor mengatakan tulang belakangnya bengkok dan beberapa uratnya bengkak," katanya. Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.